Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Snake Eyes: Paramount Lancar Video Teaser Setiap Karakter

Menjelang trailer penuh pada penghujung minggu ini, Paramount Pictures telah melancarkan teaser terbaru Snake Eye yang menampilkan setiap karakter dalam filem spin off G.I. Joe itu. Video tersebut, yang anda boleh tonton dibawah, menyoroti aksi setiap karakter utama termasuklah Snake Eye lakonan Henry Golding, Storm Shadow lakonan Andrew Koji, Hard Master lakonan Iko Uwais dan ramai lagi. 

Snake Eyes adalah komando ninja yang terkenal dengan kemampuan menggunakan pedang dan pisau. Namun, dia juga seorang ahli seni bela diri yang sangat mahir yang boleh menjadi berbahaya walaupun tanpa senjata. Dalam spin off G.I. Joe yang akan datang, seorang penyendiri yang gigih disambut menyertai klan Jepun kuno yang disebut Arashikage setelah menyelamatkan nyawa waris mereka. Setibanya di Jepun, Arashikage mengajar Snake Eyes cara-cara pahlawan ninja sambil juga menyediakan sesuatu yang dia rindukan: sebuah rumah. Tetapi, apabila rahsia dari masa lalunya terbongkar, kehormatan dan kesetiaan Snake Eyes akan diuji – walaupun itu bererti kehilangan kepercayaan orang yang paling dekat dengannya.

Pelakon kelahiran Sarawak, Henry Golding memainkan peranan utama sebagai Snake Eye. Turut menyertai barisan pelakon adalah Andrew Koji sebagai Strom, aktres rancangan Money Heist, Ursula Corbero sebagai The Baroness, Iko Uwais sebagai Hard Master, guru kepada Snake Eyes, Samara Weaving sebagai Scarlett, Steven Allerick sebagai ayah kepada Snake Eye dan Takehiro Hira sebagai antagonis utama, dan Haruka Abe sebagai Akiko.

Filem ini diarahkan oleh Robert Schwentke (R.I.P.D) berdasarkan skrip yang ditulis oleh Evan Spiliotopoulos. Lorenzo di Bonaventura dan Brian Goldner berfungsi sebagai penerbit manakala Jeff Waxman, Erik Howsam, David Ellison, Dana Goldberg, dan Don Granger sebagai penerbit eksekutif. 

Snake Eyes dijadualkan tayangan pada 23 Julai ini.

Related posts

TV Spot Terbaru The Matrix Resurrections Telah Didedahkan Kepada Penonton

Kakimuvee

Penggambaran Extraction 2 Telah Bermula

Kakimuvee

Red Notice Menjadi Filem Paling Ramai Penonton Di Netflix

Kakimuvee

Siri Spin-Off Money Heist, ‘Berlin’ Sedang Dibangunkan Oleh Netflix

Kakimuvee

Satu Lagi Trilogi Spider-Man Dirancang Selepas No Way Home

Kakimuvee

Keanu Reeves Berminat Untuk Mengulangi Watak Constantine

Kakimuvee

Leave a Comment