Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

SNAKE EYES: G.I. JOE ORIGINS Ditunda Ke Tahun Hadapan

 

Snake-Eyes: G.I. Joe Origins menjadi filem blockbuster terbaru yang terpaksa ditunda ke tahun hadapan.

Filem spinoff ini sepatutnya ditayangkan Oktober ini, tetapi selepas melihat situasi semasa COVID-19, studio Paramount Picture dan Hasbro telah membuat keputusan untuk menunda jadual tayangan Snake-Eyes.


Setakat ini, tarikh baru masih belum ditetapkan pihak studio.

Pelakon kelahiran Sarawak, Henry Golding akan memainkan watak utama sebagai Snake Eye. Dia turut disertai Adrew Koji sebagai Strom, aktres rancangan Money Heist,Ursula Corbero sebagai The Baroness, Iko Uwais sebagai Hard Master, guru kepada Snake Eyes, Samara Weaving sebagai Scarlett, Steven Allerick sebagai ayah kepada Snake Eye dan Takehiro Hira sebagai antagonis utama, manakala watak lakonan Haruka Abe masih lagi tidak diketahui.

Pengarah filem R.I.P.D, Robert Schwentke akan mengarahkan filem ini berdasarkan skrip yang ditulis oleh Evan Spiliotopoulos. Plot filem masih lagi tidak didedahkan, tetapi dikhabarkan ia akan berkisarkan tentang Snake Eye yang ingin membalas dendam terhadap kematian ayahnya dengan menyertai klan Ninja.

Related posts

Samuel L. Jackson Bergandingan Dengan Chris Pratt Dalam Filem Animasi Terbaru “Garfield”

Kakimuvee

Kutipan Terkumpul “Doctor Strange 2” Kini Melebihi AS$800 Juta

Kakimuvee

Warner Bros. Umum Tarikh Tayangan “Fantastic Beasts: The Secrets of Dumbledore” Di HBO Max

Kakimuvee

Trailer Pertama “Mission: Impossible – Dead Reckoning Part One” Telah Didedahkan

Kakimuvee

Trailer & Poster Terbaru “Thor: Love and Thunder” Soroti Penjahat Gorr the God Butcher

Kakimuvee

Astro Shaw Dapat Lesen Hak Cipta Untuk Hasilkan Filem Aksi Langsung “Keluang Man”

Kakimuvee

Leave a Comment