Berita

Snake Eye Telah Memulakan Penggambaran Di Jepun

Views

Penggambaran filem spin off G.I Joe, Snake Eye telahpun bermula secara rasmi. Barisan pelakon yang diterajui Henry Golding kini sedang berada di Jepun, dimana lokasi penggambaran dijalankan. Sehubungan dengan itu, studio Paramount Pictures telah mendedahkan gambar serta video belakang tabir pertama kepada peminat, sekaligus memberi pandangan awal barisan pelakon.

Anda boleh saksikan gambar dan video dibawah.

Snake Eye dibintangi Henry Golding yang memainkan watak utama sebagai Snake Eye. Golding turut disertai beberapa pelakon iaiut Adrew Koji sebagai Strom, aktres rancangan Money Heist,Ursula Corbero sebagai The Baroness, Iko Uwais sebagai Hard Master, guru kepada Snake Eyes, Samara Weaving sebagai Scarlett, Steven Allerick sebagai ayah kepada Snake Eye dan Takehiro Hira sebagai antagonis utama dan Haruka Abe yang mana wataknya masih lagi tidak diketahui.

Pengarah filem R.I.P.D, Robert Schwentke akan mengarahkan filem ini berdasarkan skrip yang ditulis oleh Evan Spiliotopoulos. Plot filem masih lagi tidak didedahkan, tetapi dikhabarkan ia akan berkisarkan tentang Snake Eye yang ingin membalas dendam terhadap kematian ayahnya dengan menyertai klan Ninja.

Snake Eyes telah ditetapkan tarikh tayangannya pada 16 Oktober 2020

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks