Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Skrip Filem The Batman Setebal 160 Muka Surat!


 

Awal minggu ini peminat dikejutkan dengan ‘peletakkan jawatan’ Ben Affleck sebagai Batman serta pengumuman tarikh tayangan filem The Batman iaitu pada 25 Jun 2021,

Kini berita terbaru menyebut, skrip filem The Batman setebal 160 muka surat dan jika skrip itu diterjemah ke filem, durasi filem tersebut mencecah diantara 2 jam 30 minit hingga 3 jam tayangan. Bagaimanapun, dikhabarkan Matt Reeves akan memotong dan menyemak semula skrip yang dihasilkan.

Sementara itu dalam perkembangan yang sama, desas desus mengenai keinginan pelakon Josh Gad yang mahu membawakan watak villain Penguin mungkin terjawab. Matt Reeves berminat dengan tawaran pelakon tersebut walaupun tidak memberikan kenyataannya secara langsung.

“I love Josh Gad. We’re good friends.”

Setakat ini tidak diketahui apakah plot yang akan direncanakan oleh pengarahnya untuk filem The Batman akan datang. Adakah watak Penguin akan dimasukkan dalam filem solo Batman sebagai musuh adiwira Gotham itu? mungkin akan terjawab setelah pengambaran filem The Batman bermula.



Related posts

Nicolas Cage Dedahkan Sebab Mengapa Filem “Superman Live” Tidak Dapat Dibuat

Kakimuvee

Nicholas Hoult Akan Memainkan Watak Lex Luthor Dalam Filem Superman: Legacy

Kakimuvee

Kutipan Taylor Swift: The Eras Tour Jauh Lebih Baik Dari Semua Filem DC Tahun 2023

Kakimuvee

DCU: Semua Pelakon ‘Justice League’ Tidak Akan Mengulangi Peranan Masing-Masing

Kakimuvee

Trailer Aquaman and the Lost Kingdom Pratonton Filem Terakhir DCEU

Kakimuvee

Netizen Kecewa Dengan CGI Buruk Atlanna Lakonan Nicole Kidman Dalam Teaser Aquaman and the Lost Kingdom

Kakimuvee