Berita

Skrip Filem Star Trek Telah Siap, Disahkan ‘R’ Rated

View

Sejak ia diumumkan, banyak misteri menyelubungi filem Star Trek yang bakal diarahkan Quentin Tarantino. Tidak banyak berita mengenai filem terbaru itu sehinggakan ada yang menganggap projek tersebut dilupakan begitu sahaja.

Bagaimanapun, ketika ditemubual majalah Empire, Tarantino memberikan sedikit perkembangan terbaru mengenai filemnya.

Menurut pengarah filem Once Upon A Time In Hollywood itu memberitahu filem terbaru Star Trek itu kini dalam peringkat pembangunan dan skrip yang ditulis oleh Mark L. Smith telahpun siap. Cuma beliau masih belum sempat untuk menelitip tersebut.

Dalam temubual itu juga, beliau turut mendedahkan bahawa filem Star Trek itu akan dikelaskan sebagai ‘R’ rated.

“Oh yeah! It’s an R-rated move. If I do it, it’ll be R-rated”

Setakat ini, tiada perancangan mengenai siapakah pelakon yang akan membintangi filem terbaru Star Trek itu nanti, dan bila ia akan memulakan produksi.

Apapun, jika Quentin Tarantino yang mengarah dengan filem yang dikelaskan sebagai ‘R’ rated, pasti Star Trek akan lebih menarik dan penuh aksi.

BACA:  Tom Holland Sahkan Spider-Man Akan Mempunyai Trilogi Solonya Sendiri

Tinggalkan Balasan

shares