Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Skor Rotten Tomatoes ‘Black Widow’ Telah Didedahkan, Saksikan Juga Poster Terbaru Disini

‘Review embargo’ untuk Black Widow telahpun tamat semalam, dan banyak laman hiburan antarabangsa telah mengeluarkan ulasan mereka bermula semalam.

Selepas ditangguh beberapa kali, peminat di serata dunia sudah tidak sabar untuk menonton filem terbaru MCU itu. Bagaimanapun, bagi peminat di Malaysia, kita mungkin terpaksa menunggu sedikit lama memandangkan Perintan Kawalan Pergerakan 3.0 sedang dilaksanakan di negara kita. 

Dengan tamatnya embargo, skor Rotten Tomatoes untuk filem Black Widow telahpun didedahkan, dan sehinggakini filem tersebut mendapat skor sebanyak 86% berdasarkan 105 ulasan. Manakala di MetacriticBlack Widow memperoleh skor sebanyak 69% berdasarkan 30 ulasan. 

Rotten Tomatoes
Metacritic

Sementara itu, poster terbaru Black Widow turut dilancarkan, menampilkan watak-watak dalam filem akan datang, terutamanya watak misteri lakonan Ray Winstone. Anda boleh lihat poster terbaru dibawah.

Natasha Romanoff aka Black Widow berhadapan dengan sisi gelap kehidupannya ketika timbul konspirasi berbahaya yang mempunyai kaitan dengan masa lalunya. Dikejar oleh kekuatan yang tidak akan berhenti untuk menjatuhkannya, Natasha mesti menangani sejarahnya sebagai perisik dan hubungan yang terputus sebelum dia menjadi Avenger.

Scarlett Johansson meneruskan peranannya sebagai Natasha Romanoff/Black Widow, bersama pendatang baru MCU Florence Pugh sebagai Yelena, David Harbour sebagai Alexei/The Red Guardian dan Rachel Weisz sebagai Melina. Black Widow diarahkan oleh Cate Shortland dan diterbitkan Kevin Feige.

Filem pertama dalam Fasa 4 Marvel Cinematic Universe ini akan ditayangkan secara di pawagam pada 29 Julai 2021.

Related posts

Mary Elizabeth Winstead Sertai Siri Terhad “Star Wars: Ahsoka”

Kakimuvee

Jumlah Penonton “Daredevil” Di Netflix Melonjak Susulan Tayangan “Spider-Man: No Way Home” & “Hawkeye”

Kakimuvee

‘Deleted Scene’ “Hawkeye” Bocor Di Media Sosial, Menampilkan Kingpin & Clint Barton Sewaktu Kecil

Kakimuvee

[TRAILER] Fistful of Vengeance: Iko Uwais Terajui Filem ‘Standalone’ “Wu Assassins”

Kakimuvee

Siri Godzilla & Titans Akan Dihasilkan Di Apple TV+

Kakimuvee

“The Batman” Mungkin Berdurasi Hampir 3 Jam

Kakimuvee

Leave a Comment