Stesyen penyiar NBS bakal menghasilkan sitkom bertajuk Young Rock, inspirasi dari kisah hidup remaja Dwayne ‘The Rock’ Johnson. Sitkom tersebut dihasikan Nancatchka Khan dan turut diterbitkan Johnson sendiri. Johnson juga turut mewar-warkan sitkom terbaru itu kepada para peminat menerusi pengumuman video yang dimuatnaik dilaman Instagram.
Episod pilot akan ditulis oleh Khan dan Jeff Chiang, manakala Johnson dijangka akan muncul dalam setiap episod. Sitkom 11 episod ini akan diterbitkan secara bersama diantara Universal Televisyen, syarikat penerbitan Johnson, Seven Bucks Production dan Fierce Baby Productions milik Khan.