Pelakon dan model Malaysia terkenal, Siti Saleha, tiba di Hong Kong baru-baru ini untuk menjalani rakaman Extreme Ends. Siri realiti terbitan saluran televisyen hiburan aksi KIX HD (Saluran Astro 729) ini akan memaparkan sisi bertentangan “ekstrem” Hong Kong yang jarang dipaparkan.
Saleha merupakan salah seorang daripada empat selebriti Asia Tenggara yang akan ditampilkan dalam siri realiti empat episod ini. Bersama suaminya, Ahmad Lutfi Azhar (Fi), mereka akan mengembara dan mencipta pengalaman baharu sebagai pasangan suami isteri. Pasangan ini yang telah melangsungkan perkahwinan pada bulan Julai 2017, baru menyambut ulang tahun pertama mereka di luar negara dan kini teruja untuk menjalani percutian di Hong Kong pula.
Extreme Ends adalah sebuah rancangan realiti yang menampilkan empat selebriti bersama tetamu istimewa mereka dalam pengembaraan di pelbagai tempat menarik di Hong Kong. Siri terbitan asal bercorak santai ini akan mempertontonkan pengalaman percutian para selebriti dan tetamu mereka. Selain itu peminat juga akan dapat menyaksikan wajah negara Hong Kong yang tidak pernah dipaparkan. Setiap episod akan menggambarkan tema bertentangan yang ekstrem seperti “pantas berbanding lambat” atau “tinggi berbanding rendah”. Tema-tema ini akan mempamerkan perbezaan ketara yang sangat menarik dan ciri khas Hong Kong yang bergaya.
Extreme Ends diterbitkan oleh syarikat induk KIX iaitu Celestial Tiger Entertainment, pengendali persendirian saluran pan Asia terbesar yang diterbitkan khusus untuk hiburan Asia. Rancangan ini disokong oleh Hong Kong Tourism Board dan Harbour City. Extreme Ends akan disiarkan secara eksklusif di KIX HD (Saluran Astro 729) pada bulan Oktober. KIX HD adalah saluran GE Bahasa Inggeris #1 di kalangan penonton Astro pada tahun 2018.