
Dua drama terbaru telah memulakan episod pertama mereka semalam.
Menurut Nielsen Korea (via Soompi), episod perdana Sisyphus: The Myth telah merekodkan purata rating sebanyak 5.608 peratus, lebih tinggi dari rekod peribadi drama Run On (3.722 peratus) yang ditayangkan dalam slot waktu yang sama sebelum ini. Sisyphus: The Myth boleh ditonton di platform streaming Netflix.
Sementara itu, episod pertama drama Hello, Me! merekodkan purata rating sebanyak 3.8 peratus dan 4.9 peratus, rating yang hampir sama dengan drama sebelumnya, Cheat On Me If You Can, yang membuka siarannya dengan rating 5 peratus.
Sisyphus: The Myth adalah drama fantasi misteri yang memberi fokus kepada jurutera genius, Han Tae Sool (Cho Seung Woo) yang berusaha untuk membongkar kebenaran di sebalik kematian abangnya, dan seorang pahlawan elit bernama Kang Seo Hae (Park Shin Hye), yang mengembara masa untuk menolongnya
Han Tae Sool adalah seorang genius yang sangat mahir dalam bidang kejuruteraan dan pengekodan, menyebabkan makhluk misteri mengejarnya. Kang Seo Hae mencari Han Tae Sool kerana dia yakin bahawa jika dia menyelamatkannya, dia dapat menyelamatkan dunia.
Hello,Me! adalah drama komedi romantis fantasi mengenai seorang wanita berusia 37 tahun bernama Ban Ha Ni (Choi Kang Hee), yang menjadi tidak berminat dengan cinta, pekerjaan, dan impiannya. Dia dikunjungi dan dihiburkan oleh dirinya yang berusia 17 tahun (Lee Re), yang sangat meminati segala-galanya dan tidak takut dengan apa pun di dunia. Kim Young Kwang berperanan sebagai chaebol generasi kedua yang bersemangat bebas Han Yoo Hyun yang tidak pernah dewasa