Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

“Sisyphus: The Myth” Catat Peningkatan Pada Episod Ke-2

Drama terbaru lakonan Park Shin Hye dan Cho Seung Woo “Sisyphus: The Myth” terus menunjukkan prestasi baik.

Menurut Nielsen Korea (via Soompi) episod kedua drama JTBC itu telah merekodkan purata rating sebanyak 6.677 peratus, peningkatan berbanding episod pertama yang merekodkan purata rating 5.608 peratus.

Sementara itu di KBS, drama “Hello, Me!” gagal mengikut jejak langkah “Sisyphus: The Myth” apabila episod keduanya menyaksikan penurunan dengan purata skor sebanyak 3.1 dan 3.6 peratus. Episod pertama telah mencatatkan purata rating 3.8 dan 4.9 peratus.

Akhir sekali di TV Chosun, drama “Miss Trot 2” mencipta satu lagi rekod peribadi apabila episod terbaru mencatatkan purata rating sebanyak 28.678 peratus dan 30.984 peratus.

Sisyphus: The Myth adalah drama fantasi misteri yang memberi fokus kepada jurutera genius, Han Tae Sool (Cho Seung Woo) yang berusaha untuk membongkar kebenaran di sebalik kematian abangnya, dan seorang pahlawan elit bernama Kang Seo Hae (Park Shin Hye), yang mengembara masa untuk menolongnya

Han Tae Sool adalah seorang genius yang sangat mahir dalam bidang kejuruteraan dan pengekodan, menyebabkan makhluk misteri mengejarnya.

Kang Seo Hae mencari Han Tae Sool kerana dia yakin bahawa jika dia menyelamatkannya, dia dapat menghalang kemusnahan dunia.

Hello,Me! adalah drama komedi romantis fantasi mengenai seorang wanita berusia 37 tahun bernama Ban Ha Ni (Choi Kang Hee), yang menjadi tidak berminat dengan cinta, pekerjaan, dan impiannya.

Dia dikunjungi dan dihiburkan oleh dirinya yang berusia 17 tahun (Lee Re), yang sangat meminati segala-galanya dan tidak takut dengan apa pun di dunia.

Kim Young Kwang berperanan sebagai chaebol generasi kedua yang bersemangat bebas Han Yoo Hyun yang tidak pernah dewasa

Sisyphus: The Myth boleh ditonton di platform streaming Netflix.

Related posts

“Bossam: Steal The Fate” Cipta Rekod Untuk MBN, “Love (Ft. Marriage And Divorce) 2” Memulakan Episod Pertama Dengan Rating Rendah

Zulaikha

“Sell Your Haunted House” & “Law School” Berakhir Dengan Rating Kukuh

Zulaikha

Park Ju Hyun, Kim Yeo Jin, Kim Do Yoon, & Jung Woong Bintangi Filem Aksi Bertajuk “Drive”

Zulaikha

“The Penthouse 3”, Park Bo Young No. 1 Dalam Senarai Mingguan Drama & Pelakon Paling Popular

Zulaikha

“Youth Of May” Berakhir Dengan Rating Yang Mantap

Zulaikha

[TRAILER] Nevertheless Goda Kisah Romantik Antara Song Kang & Han So-Hee

Zulaikha

Leave a Comment

Add your own review

Rating