Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

“Sisyphus: The Myth” Berakhir Suram, “Mouse” Kekal Mendahului

Walaupun bermula baik, drama JTBC Sisyphus: The Myth gagal mengekalkan prestasinya sehingga ke penghujung rancangan. 

Menurut Nielsen Korea (via Soompi), episod finale drama itu telah merekodkan purata rating sebanyak 4.363 peratus, peningkatan ketara berbanding episod sebelumnya, yang mencatatkan rating terendah sepanjang siarannya iaitu 3.394 peratus. Bagaimanapun, pengakhiran rancangan ini agak suram berbanding pembukaannya, dimana ia berjaya mencapai rating setinggi 6.677 peratus pada dua episod pertama. 

Drama KBS Hello,Me! turut menamatkan rancangannya pada minggu ini dengan episod finale merekodkan rating sebanyak 3.3 dan 4.0 peratus. Rating episod terakhir hampir sama dengan episod 7 April yang merekodkan rating 3.3 dan 4.2 peratus, tetapi drama ini kekal konsisten sepanjang siarannya. 

Drama MBC Oh My Ladylord tidak keudara pada 7 April kerana memberi lalu kepada siaran khas, tetapi menyiarkan dua episod pada 8 April. Kedua-dua episod terbaru itu mencatat rating sebanyak 1.3 peratus dan 1.6 peratus, dan 1.9 dan 1.5 peratus. 

Drama tvN Mouse menyiarkan episod istimewa pada 7 April, yang mendapat rating 3.069 peratus. Drama itu kembali bersambung pada 8 April dan mencatatkan purata rating sebanyak 5.394 peratus, penurunan berbanding episod minggu lalu yang merekodkan purata rating sebanyak 5.604 peratus.

Related posts

Teaser HOMETOWN CHA-CHA-CHA Goda Hubungan Romantik Mengasyikkan Dengan Pemandangan Tepi Pantai Yang Cantik

Zulaikha

“Hospital Playlist 2” No. 1 Untuk Minggu Kelima Berturut-Turut, Bintang “The Devil Judge” Kuasai Ranking Pelakon

Zulaikha

Cha Tae Hyun, Krystal, & Jinyoung Bersedia Untuk Mengambil Kes Dalam Poster Terbaru “Police University”

Zulaikha

“The Devil Judge” No. 1 Dalam Slot Waktunya

Zulaikha

“Hometown Cha-Cha-Cha” Akan Ditayangkan Di Netflix 28 Ogos Ini

Kakimuvee

Park Ji-hoon, Kang Min-ah & Bae In-hyuk Spill Details of Their Roles as iQiyi’s Hit Drama “At a Distance, Spring is Green” Wraps Up Its FINALE

Zulaikha

Leave a Comment