Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Siri The Walking Dead Bakal Di “Crossover” kan


Dua siri TV popular yang diadaptasikan dari komik karya Robert Kirkman terbitan Image Comics, The Walking Dead dan Fear The Walking Dead bakal digabungkan tidak lama lagi. Pekara tersebut disahkan sendiri oleh pencipta siri komik berkenaan semasa di konvensyen Comic Con yang berlangsung di New York pada 7 Oktober yang lalu.

Bagaimanapun, maklumat lanjut tentang perkara itu tidak didedahkan kepada wartawan, cuma beliau memberi gambaran satu atau dua karakter dari kedua-dua siri TV berkenaan akan bertemu dalam satu rancangan TV.

“We want these shows to have their own legs and have their own stories and be their own. There are two Walking Dead shows. There is one character that is going to go from one show — that I will not name — and appear in the other show — that I will not name.” – Robert Kirkman

Siri TV The Walking Dead merupakan antara siri TV popular di Amerika dan menjadi siri TV yang paling banyak ditonton oleh golongan dewasa dalam lingkungan umur 18-49. Kini The Walking Dead bakal memasuki musim kelapan yang bakal memulakan tayangan pada penghujung Oktober nanti, manaka siri TV Fear The Walking Dead pula sudah memasuki musim ketiga dengan memulakan tayangan pada Jun 2017 dan bakal tamat 15 Oktober ini sebelum memasuki musim baru akan datang.

The Walking Dead mengisahkan sekumpulan survivor yang diketuai oleh Rick Grimes yang mengembara mencari tempat selamat untuk didiami oleh mereka selepas dunia menghadapi malapetaka zombi yang menyebabkan hampir populasi Bumi mati.


Related posts

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Daryl Akan Berhadapan Dengan Zombi Yang Lebih Laju Dalam Spin-Off Terbaru “The Walking Dead”

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee

The Walking Dead premieres final season today exclusively on Disney+ Hotstar

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee