Berita

Siri TV Obi-Wan Kenobi Sedang Mencari Pelakon Untuk Watak Muda Luke Skywalker & Leia Organa

Views

Siri televisyen Star Wars Disney+ Obi-Wan Kenobi dilaporkan sedang mencari pelakon untuk watak Luke Skywalker dan Leia Organa sewaktu muda.

Menurut Backstage, rancangan televisyen itu mencari "pelakon kanak-kanak lelaki berambut 'blonde' dalam lingkungan umur 8-11 tahun dan bermata biru, manakala untuk watak Leia Organa, mereka mencari pelakon berambut perang, dalam lingkungan umur 8-11 tahun dan mata berwarna coklat"

Obi-Wan Kenobi tidak menyatakan secara spesifik, tetapi panggilan pencarian bakat itu mula timbul selepas terdapat laporan yang menyatakan, siri spin off Star Wars itu akan menampilkan pelakon muda yang akan memainkan peranan Luke Skywalker.

Penglibatan Luke dalan siri akan datang tidak mengejutkan kerana Obi-Wan sememangnya berada di planet Tatooine untuk melindungi kanak-kanak tersebut dari ancaman Darth Vader dan The Emperor. Tetapi, penglibatan watak Leia Organa sedikit mengejutkan, dan ia memberi petunjuk bahawa Jedi Master mungkin akan melawat Alderaan.

Setakat ini, penglibatan kedua-dua anak Anakin Skywalker itu masih lagi dianggap khabar angin, dan peminat mungkin dapat mengentahui gambaran sebenar sebaik sahaja penggambaran Obi-Wan Kenobi bermula.

Siri terbaru Star Wars Obi-Wan Kenobi akan ditetapkan 8 tahun selepas peristiwa Revenge of the Sith dan 11 tahun sebelum kejadian A New Hope. Melihat kepada kejayaan The Mandalorian, peminat pastinya tidak sabar menantikan satu lagi siri spin-off Star Wars.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks