Berita

Siri TV Loki Akan Berkait Dengan Sekuel Doctor Strange

Views

Ketika ditemubual Comic Book Movie, Ketua Pegawai Kreatif Marvel yang baru dilantik, Kevin Feige mendedahkan bahawa rancangan bersiri Disney+ Loki akan berkait degan filem sekuel Doctor Strange in the Multiverse of Madness. 

Walau bagaimanapun, Feige tidak mengesahkan jika Tom Hiddleston akan membuat penampilan dalam sekuel Doctor Strange.

Loki dijangka bermula siarannya pada musim bunga 2021 dengan Michael Waldron akan bertindak selaku ‘showrunner’. Ia akan menjadi siri MCU kedua yang berkait dengan sekuel Doctor Strange selepas rancangan bersiri WandaVision. 

Doctor Strange in the Multiverse of Madness digambarkan sebagai filem seram pertama MCU. Benedict Cumberbatch akan kembali memainkan peranannya sebagai ‘sorcerer supreme’ Doctor Strange disamping Elizabeth Olsen yang memainkan wataknya sebagai Wanda Maximoff/Scarlet Witch.

Scott Derrickson akan kembali sebagai pengarah manakala penulis skrip The Turning, Jade Bartlett disahkan akan menulis skrip untuk sekuel kali ini. Doctor Strange in the Multiverse of Madness dijangka akan membuat debut pada 7 Mei 2021.

BACA:  Pengarah Avengers: Infinity War Tidak Percaya Pada Pelakonnya Terutama Tom Holland

Tinggalkan Balasan

shares