Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Siri TV

Siri “The Lord of the Rings” Menjadi Rancangan TV Paling Mahal Yang Pernah Dibuat … Hanya Untuk Satu Musim

Sehinggakini, kita tidak melihat apa-apa perkembangan dari siri terbitan Amazon, The Lord of the Rings, tetapi difahamkan ia akan menjadi siri televisyen yang paling mahal yang pernah dibuat jika hendak dibandingkan dengan rancangan televisyen yang lain. Menurut The Hollywood Reporter, musim pertama The Lord of the Ring akan menelan belanja sebanyak AS$465 juta dolar. 

Amazon sebelum ini dilaporkan bersedia untuk mengeluarkan modal kira-kira AS$500 juta dolar untuk beberapa musim siri adaptasi dari novel J.R.R. Tolkien itu.

Apa yang dapat saya sampaikan kepada anda ialah Amazon akan membelanjakan sekitar $650 juta [dolar New Zealand] dalam satu musim sahaja,” kata Stuart Nash, Menteri Pembangunan Ekonomi dan Pelancongan New Zealand, “Ini hebat, sungguh … ini akan menjadi siri televisyen terbesar yang pernah dibuat.”

Sebagai perbandingan, standard kos untuk setiap musim Game of Thrones menelan belanja sekitar AS$100 juta dolar untuk dihasilkan. Semasa menghasilkan musim pertama, HBO mengeluarkan modal sekitar AS$50-60 juta dolar. Standard kos untuk satu episod adalah sebanyak AS$6 juta dolar, dan kemudiannya meningkat menjadi AS$15 juta dolar untuk episod terakhir. 

Sebilangan besar wang ini mungkin dibelanjakan untuk set penggambaran dan kostum, tetapi jika melihat pada kos pengeluaran The Lord of the Rings ini, ia satu pelaburan yang cukup besar buat Amazon, dan diharapkan apabila siri ini mula ditayangkan, ia mampu memberi pulangan lumayan kepada pihak pengeluar.

Related posts

HBO Drama Series THE GILDED AGE Debuts January 25 Exclusively on HBO GO And HBO

Kakimuvee

Teaser Pertama ‘Moon Knight’ Yang Menampilkan Oscar Isaac Sebagai Watak Utama

Kakimuvee

Pandangan Pertama Iman Vellani Sebagai Ms. Marvel Telah Didedahkan kepada Umum

Kakimuvee

Owen Wilson & Larry the Cable Guy Kembali Dalam Siri Disney+ ‘Cars on the Road’

Kakimuvee

Treler Baymax! Menggoda Debut 2022 Di Disney+

Kakimuvee

Siri Disney+ She-Hulk Dapat Teaser Pertama

Kakimuvee

Leave a Comment