
Kami harap anda percaya pada MAGIC kerana Netflix telah mengesahkan pelancaran seluruh dunia siri serba baharu, The Sound of Magic, yang akan ditayangkan diperkhidmatan streaming tersebut pada 6 Mei 2022.
Bersedia untuk membuka pengalaman ajaib yang dipenuhi dengan fantasi, muzik dan drama . Cerita ini memaparkan Yoon Ah-yi – seorang gadis yang kehilangan impiannya dalam menghadapi realiti – dan Na Il-deung – seorang budak lelaki yang ditekan untuk memenuhi impiannya. Kisah yang mempesonakan terbongkar apabila mereka berdua bertemu dengan ahli silap mata yang penuh teka-teki lagi mistik, Rieul.
Poster teaser pertama memaparkan jemputan ajaib yang dihantar oleh Rieul. Dia tinggal bersendirian di runtuhan taman hiburan, mencetuskan rasa ingin tahu dan syak wasangka di kalangan jiran. Namun begitu, ahli silap mata itu memberikan Ah-yi dan Il-deung pengalaman ajaib yang tidak pernah mereka alami sebelum ini.
Siri ini menampilkan barisan pelakon yang menarik seperti Ji Chang-wook, Choi Sung-eun dan Hwang In-youp. Ji Chang Wook, yang persembahannya memikat penonton di seluruh Asia, memainkan watak Rieul, seorang ahli silap mata yang diselubungi misteri. Choi Sungeun dari Beyond Evil, dan Hwang In Youp, yang menjadi terkenal menerusi drama True Beauty, memainkan watak Yoon Ah-yi dan Na Il-deung – dua remaja, bercanggah antara impian dan realiti.
Pengarah Kim Sung-oun menerajui produksi, yang terkenal menerusi karya-karya masa lalunya – Itaewon Class, Love in the Moonlight, dan Discovery of Love. Penulis Kim Minjeong bertanggungjawab ke atas lakon layar, menandakan kerjasama ketiganya dengan pengarah Kim Sung-youn.
Drama muzik fantasi ini berdasarkan webtoon Annarasumanara yang ditulis dan diilustrasikan oleh Ha Ilkwon, yang mendapat gelaran “Pencipta Magis” kerana naratifnya yang indah dan kisah yang menarik. Ha menerima banyak pujian kerana menggerakkan unsur-unsur magis dan fantasi dengan penuh seni untuk menggambarkan watak yang terbelah antara impian dan realiti. Kisah ajaib dengan visual yang menarik akan memenuhi muzik dan koreografi, menghidupkan siri secara langsung.
The Sound of Magic menjemput penonton global ke dunia pesona pada 6 Mei 2022 ini, hanya di Netflix.