Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Siri TV

Siri Terbaru HBO THE THIRD DAY Akan Memulakan Tayangannya 12 Mei Ini Eksklusif Di HBO GO & HBO (Astro Ch 411 / 431HD)

Dicipta oleh Dennis Kelly dan Felix Barrett, siri terhad HBO The Third Day akan membuat debut pada Selasa, 12 Mei, jam 10 pagi secara eksklusif di HBO GO dan HBO (Astro Ch 411 / 431HD), dan tayangan ulangan hari yang sama jam 11 malam di HBO (Astro Ch 411 / 431 HD). Rancangan Enam episode ini dibahagikan kepada dua bahagaian iaitu “Summer” dan “Winter”.

Tiga episod pertama, “Summer” dibintangi Jude Law (The New Pope) sebagai Sam, seorang lelaki yang pergi ke pulau misteri diluar pantai British, dimana dia bertemu dengan sekumpulan penduduk pulau yang sentiasa mengekalkan tradisi mereka. Summer” ditulis oleh Dennis Kelly dan diarahkan oleh Marc Munden.

“Winter” akan merungkai tiga episod seterusnya dan dibintangi Naomie Haris (Moonlight)sebagai Helen, orang luar yang datang ke pulau untuk mencari jawapan, tetapi ketibaannya menimbulkan perpecahan yang akan menentukan nasibnya. “Winter” ditulis oleh Kit de Waal, Dean O’Loughlin dan Dennis Kelly dan diarahkan oleh Pilippa Lowthorpe.

The Third Day dihasilkan secara bersama diantara Sky dan HBO. Ini merupakan drama asal pertama yang diterbitkan studio produksi terbaru Sky, Sky Studios, dengan kerjamasa Plan B Entertainment dan syarikat teater terkenal dunia, Punchdrunk. Dede Gardner, Jeremy Kleiner, Felix Barrett dan Dennis Kelly turut bertindak sebagai penerbit eksekutif.

Related posts

Cheryl Hines & Margaret Cho Sertai Musim Ke-2 The Flight Attendant

Kakimuvee

Siri Netflix “Cowboy Bebop” Meluaskan Dunia Anime, Tetapi Tidak Melanggar Canon

Kakimuvee

Netflix Lancarkan Trailer Musim Ketiga “You”

Kakimuvee

Final Frontiers: Exploring Unchartered Territories With BBC Earth

Kakimuvee

[VIDEO] Musim Ketiga Doom Patrol Season 3 Akan Ditayangkan Pada 23 September Eksklusif Di HBO GO

Kakimuvee

Krysten Ritter Sertai Elizabeth Olsen Dalam Minisiri “Love and Death”

Kakimuvee

Leave a Comment