Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Siri TV Slot Tempatan

Siri Terbaru BoBoiBoy Akan Menemui Penonton Pada 2021

Kepada peminat siri animasi BoBoiBoyanda terpaksa menunggu sehingga tahun 2021 sebelum dapat menyaksikan siri terbaru animasi tempatan popular itu.

Menurut pencipta dan pengarah Nizam Razak, Animonsta Studios kini sedang memberi fokus kepada animasi terbaru mereka berjudul MechAmato dan Papa Pipi.

Pekara tersebut didedahkan menerusi perkongsian dilaman Facebook miliknya.

MechAmato merupakan siri animasi terbaru hasil kerjasama diantara Animonsta Studios dan Bandai. Ia akan berkisarkan tentang perjuangan Amato bersama sahabat robotnya, MechaBot.

Manakala animasi Papa Pipi pula akan memberi fokus kepada kehidupan Papa Zola bersama keluarganya selepas bersara dari organisasi TAPOPS. Papa Pipi merupakan spin off kepada siri animasi BoBoiBoy Galaxy dan filem animasi BoBoiBoy Movie 2,

Butiran lanjut mengenai dua siri animasi terbaru Animonsta masih lagi tidak diketahui. MechAmato dan Papa Pipi dijangka akan menemui penonton sekitar tahun ini.

Related posts

HBO MAX Original feature film LET THEM ALL TALK to premiere exclusively on HBO GO and HBO

Isqandar

The Flash: Pandangan Pertama Jordan Fisher Sebagai Impulse

Kakimuvee

Foto Set Penggambaran Star Wars: Andor Dedah Pandangan Pertama Diego Luna

Kakimuvee

Trailer Pertama Musim Ke-4 “Stranger Things” Papar Kisah ‘Origin’ Eleven

Kakimuvee

MARVEL STUDIOS’ “LOKI” TO DEBUT WEDNESDAY, JUNE 9th

Zulaikha

Hidangan Istimewa Raya Dari Monsta

Kakimuvee