Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita Siri TV

Siri Televisyen “WandaVision” Bakal Perkenalkan Speed & Wiccan

Satu perkembangan menarik untuk rancangan televisyen WandaVision. Menurut laporan dari laman MCU Cosmic, Marvel Studios dilaporkan sedang mencari dua bayi untuk dijadikan watak sebagai anak kepada pasangan Wanda dan Vision.

Berdasarkan versi komik, Wanda menggunakan kekuasaannya untuk mencipta dua kanak-kanak untuknya dan The Vision, dan mereka kemudiannya membesar, menjadi ahli Young Avengers yang digelar Wiccan dan Speed.

Petikan dari MCU Cosmic menyebut, “Kedua-dua bayi itu adalah sebahagian daripada khayalan Wanda dan mereka membesar dengan cepat. Tetapi pada akhir rancangan, mereka menjadi kenyataan dan menjadi sebahagian daripada ahli MCU.”

Setakat ini, ia masih lagi dianggap sebagai teori dan khabar angin, tetapi jika benar Marvel Studios mahu membawa masuk karakter Wiccan dan Speed dalam rancangan TV WandaVision, bagi kami ianya agak menarik.

Dengan karakter Kate Bishop dan Ms. Marvell sedang menuju ke MCU, dan Cassie Lang telahpun diperkenalkan sejak filem pertama Ant-Man, tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa Marvel Studios mungkin sedang merancang untuk memperkenalkan Young Avengers dalam MCU.

Related posts

Spin-Off “A Quiet Place” Ditunda Ke Tarikh Baru

Kakimuvee

[VIDEO] Ben Mendelsohn, Cobie Smulders & Emilia Clarke Kelihatan Di Set Penggambaran “Secret Invasion”

Kakimuvee

[VIDEO] Klip Terbaru “The Batman” Papar Pertelingkahan Yang Mendebarkan

Kakimuvee

“Knives Out 2” Akan Membuat Debut Di Netflix Pada Musim Luruh 2022

Kakimuvee

Mary Elizabeth Winstead Sertai Siri Terhad “Star Wars: Ahsoka”

Kakimuvee

Jumlah Penonton “Daredevil” Di Netflix Melonjak Susulan Tayangan “Spider-Man: No Way Home” & “Hawkeye”

Kakimuvee

Leave a Comment