Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaSiri TV

Siri Televisyen The Continental Akan Menjadi Prekuel Untuk Filem-Filem John Wick


Sejak siri televisyen, The Continental diumumkan pada awal tahun lalu, perkembangan siri ‘spin off’ trilogi John Wick itu tidak banyak didedahkan kepada peminat. Mungkin Starz dan Lionsgate sengaja mahu ia kekal sebegitu bagi mengekalkan kejutan yang bakal ditunjukkan nanti.

Bagaimanapun, dalam perkembangan terbaru, COO Starz Jeffry Hirsch memberikan sedikit bayangan mengenai siri The Continental. Menurut Hirsch, siri televisyen tersebut akan ditetapkan sebagai prekuel kepada siri filem John Wick dan akan memberi fokus kepada asal usul serta awal hotel The Continental.

Selain itu juga, beliau turut mengatakan bahawa The Continental akan mula disiarkan sebaik sahaja filem keempat John Wick: Chapter 4 ditayangkan. Setakat ini, tiada tarikh rasmi tayangan filem ditetapkan oleh pihak studio, tetapi dijangkaan akan mula ditayangkan kepada umum pada 2021.

Penulis dan penerbit Chris Collins akan menulis skrip untuk siri The Continental. Beliau juga turut menggalas tanggungjawab sebagai ‘showrunner’ dan penerbit eksekutif. Basil Iwanyk, Chad Stahelski, Derek Kolstad, David Leitch dan Keanu Reeves turut bertindak selaku penerbit eksekutif. Episod pertama akan diarahkan oleh Stahelski.

Setakat ini, Jeffry Hirsch masih belum mengumumkan pelakon-pelakon siri The Continental. 



Related posts

BALLERINA: Pengarah Kongsikan Kemaskini Spin-Off John Wick Lakonan Ana de Armas

Kakimuvee

Peacock Dedah Gambar Terbaru Siri Prekuel John Wick ‘The Continental’

Kakimuvee

[TRAILER] Black Mirror Kembali Dengan Musim 6, Netflix Dedah Tarikh Tayangan

Kakimuvee

Teaser ‘The Continental’ Pratonton Sekuel Francais ‘John Wick’

Kakimuvee

Penamat Alternatif ‘John Wick 4’ Telah Dirakam, Tetapi Dibuang Selepas Tayangan Ujian

Kakimuvee

Aksi-Aksi Keanu Reeves Dalam Gambar Terbaru John Wick: Chapter 4

Kakimuvee