Berita

Siri Stargirl Akan Bersiaran Di DC Universe & The CW

Views

Rancangan adiwira terbaru DC, Stargirl akan bersiaran di platform penstriman video DC Universe pada suku kedua tahun hadapan. Selain itu juga, siri tersebut akan menjadi siri pertama DC Universe yang disiarkan stesyen televisyen The CW.

Menurut laporan dari Deadline, episod baru Stargirl akan bersiaran di The CW sehari selepas ia disiarkan di perkhidmatan penstriman.

Sementara itu, laporan dari Business Insider menyebut, pelakon Brec Bassinger akan membuat penampilan pertamanya sebagai Stargirl dalam siri crossover The CW Crisis on Infinite Earths yang akan bermula pada 8 Disember ini.

Stargirl akan turut dibintangi pelakon seperti Amy Smart, Trae Romano, Anjelika Washington, Giancarlo Esposito, Joel McHale sebagai Starman, Lou Ferrigno sebagai Rex Tyler / Hourman, Brian Stapf sebagai Wildcat, Luke Wilson sebagai pat Dungan, Henry Thomas sebagai Dr. Mid-Nite, Joy Osmanski sebagai Tigress, Neil Hopkins sebagai Sportsmaster dan Nelso Lee sebagai Dragon King.

Siri tersebut akan berkisarkan tentang Courtney Whitmore (Bassinger) seorang gadis yang bijak, aktif dan memiliki kelebihan berbanding gadis-gadis sebayanya. Kehidupan sempurnanya berubah apabila ibunya berkahwin lain dan dia bersama keluarganya berpindah ke Blue Valley, Nebraska.

BACA:  Terminator ungguli carta BoxOffice di Malaysia

Sukar untuk menyesuaikan diri di sekolah baru, mencari kawan dan berurusan dengan keluarga barunya, Courtney membongkar rahsia bapa tirinya, dimana dia pernah menjadi ‘sidekick’ kepada adiwira. Dengan meminjam tongkat kosmik yang pernah dimiliki adiwira yang hilang, Courtney menjadi inspirasi kepada generasi baru adiwira.

Pencipta karakter, Geoff Johns akan menulis dan menerbitkan siri ini menerusi syarikat penerbitannya Mad Ghost Productions bersama-sama Greg Berlanti dan Berlanti Productions.

Tinggalkan Balasan

shares