Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Siri Spin-Off Arrow Mungkin Bertajuk “Green Arrow and the Canaries”


Perjalanan Oliver Queen (Stephen Amell) mungkin akan berakhir, tetapi kelihatannya cerita Green Arrow masih lagi jauh untuk ditamatkan.

Bulan lalu, The CW dilaporkan akan menghasilkan sebuah siri spin-off Arrow yang akan dibintangi pelakon Katherine McNamara (Mia Smoak/Green Arrow), Katie Cassidy (Laurel Lance/Black Canary/E-2) dan Juliana Harkavy (Dinah Drake/Black Canary E-1) sebagai watak utama, dan kedengaran penggambaran siri pilot telah spin off tersebut telahpun bermula.

McNamara dan Harkavy telah berkongsi video hari pertama penggambaran dan kedua-duanya turut mengesahkan tajuk siri spin-off yang dibintangi mereka adalah Green Arrow and the Canaries. Sebelum ini, penerbit eksekutif Marc Guggenheim turut mendedahkan tajuk siri spin off ini kepada umum.

Setakat ini, The CW hanya menghasilkan siri pilot sahaja, dan berkemungkinan stesen rangkaian televisyen itu mungkin akan menghasilkan siri penuh untuk musim 2020/2021.

Kepada peminat Arrow, kita nantikan perkembangan Green Arrow and the Canaries dimasa akan datang.



Related posts

Nicolas Cage Dedahkan Sebab Mengapa Filem “Superman Live” Tidak Dapat Dibuat

Kakimuvee

Nicholas Hoult Akan Memainkan Watak Lex Luthor Dalam Filem Superman: Legacy

Kakimuvee

Kutipan Taylor Swift: The Eras Tour Jauh Lebih Baik Dari Semua Filem DC Tahun 2023

Kakimuvee

DCU: Semua Pelakon ‘Justice League’ Tidak Akan Mengulangi Peranan Masing-Masing

Kakimuvee

Trailer Aquaman and the Lost Kingdom Pratonton Filem Terakhir DCEU

Kakimuvee

Netizen Kecewa Dengan CGI Buruk Atlanna Lakonan Nicole Kidman Dalam Teaser Aquaman and the Lost Kingdom

Kakimuvee