Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Siri TV

Siri “Parasite” HBO Adalah Kisah ‘Original’, Bukannya ‘Remake’

Adaptasi filem Parasite ke siri televisyen oleh HBO telah mengundang pelbagai reaksi peminat. Pada awalnya, dilaporkan bahawa siri tersebut adalah remake kepada filem Parasite, namun dalam temubual baru-baru ini, penerbit Adam McKay menjelaskan pekara sebenar kepada wartawan.

Menurut McKay, siri Parasite HBO itu bukan penghasilan semula, tetapi sebaliknya memiliki jalan cerita asalnya sendiri. 

“Ini adalah siri yang asli,” katanya. “Ia berada di dunia yang sama dengan filem itu, tetapi ini adalah kisah asli yang hidup di dunia yang sama.” jelas McKay ketika menjadi tetamu podcast MTV “Happy Sad Confused” awal minggu ini. Menurut McKay lagi, pembangunan projek itu bergerak dengan “Kelajuan penuh”

McKay tidak banyak menyentuh mengenai projek itu tetapi mengatakan betapa beruntungnya dia kerana mengusahakan sesuatu yang menjadi sebahagian daripada Bong Joon-Ho.

Bong dan McKay akan menjadi penerbit eksekutif siri terhad Parasite. Bong berharap dapat menggunakan waktu yang diperuntukkan dalam siri televisyen untuk mengembangkan dunia Parasite dengan cara yang tidak dapat dilakukannya dalam filem itu. Kate Street Picture Company, CJ Entertainment dan Hyperbole Industries turut menjadi penerbit kesekutif. 

Related posts

HBO MAX Original feature film LET THEM ALL TALK to premiere exclusively on HBO GO and HBO

Isqandar

The Flash: Pandangan Pertama Jordan Fisher Sebagai Impulse

Kakimuvee

Foto Set Penggambaran Star Wars: Andor Dedah Pandangan Pertama Diego Luna

Kakimuvee

Trailer Pertama Musim Ke-4 “Stranger Things” Papar Kisah ‘Origin’ Eleven

Kakimuvee

MARVEL STUDIOS’ “LOKI” TO DEBUT WEDNESDAY, JUNE 9th

Zulaikha

Pandangan Pertama Jejaka Kegemaran Dunia & Pakar Penyamaran Di “Lupin Part 2”

Kakimuvee