Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Siri TV

Siri Netflix “Cowboy Bebop” Meluaskan Dunia Anime, Tetapi Tidak Melanggar Canon

Adaptasi ‘live-action’ Cowboy Bepop yang akan datang menjadi salah satu siri Netflix yang paling dinanti-nantikan tahun ini, dengan peminat bersabar menunggu bagaimana rancangan Netflix ini akan merencanakan ceritanya yang berdasarkan dari anime legenda.

Menurut showrunner André Nemec, adaptasi mereka ini bertujuan untuk memperluaskan dunia anime, dan dalam masa yang sama, tidak akan melanggar canon.

Saya berjanji kami tidak akan meminggirkan anime asal. Ia sentiasa wujud di luar sana,” kata Nemec dalam satu temubual bersama Entertainment Weekly.

“Tetapi saya sangat gembira dengan kisah yang kami sampaikan. Saya percaya, kami telah melakukan pekerjaan yang sangat baik kerana tidak melanggar canon dalam apa jua arah, tetapi hanya menawarkan beberapa gambaran tambahan ke dunia yang sudah diciptakan.”

Nemec kemudian berkata bahawa rancangan itu lebih kepada “perluasan canon”  dan ia akan “menambah sesuatu” kepada keseluruhan cerita siri ini, tanpa bertujuan menganggu apa yang telah dicipta atau disukai peminat. 

Berdasarkan siri anime kegemaran ramai, Cowboy Bepop diuruskan oleh André Nemec, dengan pengarah anime, Shinichirō Watanabe berkhidmat sebagai konsultan untuk siri ini. Pengubah lagu asal, Yoko Kanno turut kembali sebagai komposer untuk siri ‘live-action’. Barisan pelakon terdiri daripada Spike Spiegel (John Cho), Jet Black (Mustafa Shakir), Faye Valentine (Daniella Pineda), Alex Hassell dan Elena Satine

Cowboy Bepop pertama kali diperkenalkan pada tahun 1998 dan menceritakan tentang krew The Bepop, yang bekerjasama untuk mengesan pelarian yang diburu demi mendapatkan wang. 

Di antara kru The Bepop adalah Spike Spiegel, pahlawan dengan wajahnya yang dingin, menyembunyikan masa lalu yang gelap; juruterbang Jet, penyerang kejam yang tidak sabar untuk mendapatkan bayaran; dan Faye Valentine, pahlawan wanita yang cenderung untuk memisahkan orang bodoh dari wang mereka. Berlatarbelakangkan ruang angkasa pada tahun 2017, bersama mereka adalah Ed, penggodam yang hebat, tetapi pelik, dan anjing baka Welsh Corgi yang sangat genius bernama Ein.

Anime Cowboy Bepop hanya disiarkan selama 26 episod sahaja dan satu siri istimewa pada penghujung 1990an. Adaptasi filem pernah dihasilkan pada 2001 berjudul “Cowboy Bepop: The Movie”. 

Siri live-action terbaru Netflix ini akan dilancarkan di seluruh dunia pada 19 November 2021. 

Related posts

Hayden Christensen Akan Kembali Sebagai Darth Vader Dalam Siri Star Wars: Ahsoka

Kakimuvee

Trailer The Flash: Armageddon Mengusik Acara Crossover 5-Bahagian

Kakimuvee

Produksi Secret Invasion Telah Bermula

Kakimuvee

[VIDEO] Hawkeye Tayang Dua Episod Pertama Pada 24 November, TV Spot Terbaru Telah Dilancarkan

Kakimuvee

Succession Kembali Untuk Musim Ketiga Pada 18 Oktober Secara Eksklusif Di HBO GO & HBO

Kakimuvee

Teaser Hanna Musim 3 Goda Tarikh Pelancaran Untuk Siri Aksi Drama Amazon

Kakimuvee

Leave a Comment