Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Siri Live-Action “She-Ra” Kini Sedang Dalam Pembangunan Awal Di Amazon


Variety melaporkan bahawa siri aksi-nyata She-Ra kini sedang dalam pembangunan awal di Amazon Prime Video. Projek tersebut dilaporkan akan memberi fokus pada kisah baru yang mampu berdiri sendiri dan tidak akan berkait dengan siri animasi.

DreamWorks Animation, yang menerbitkan siri Netflix She-Ra and the Princesses of Power, akan menjadi penerbit eksekutif untuk siri yang masih lagi “diperingkat awal.”

Sekiranya siri ini dipilih, ia akan menjadi adaptasi aksi-nyata pertama untuk watak She-Ra, yang pertama kali membuat debut dalam filem animasi He-Man and She-Ra: The Secret of the Sword pada tahun 1985 sebagai sebahagian daripada francais Masters of the Universe.

Spinoff awal She-Ra, She-Ra: Princess of Power, keudara selama dua musim antara tahun 1985 dan 1986. Siri tersebut mengikuti kisah Puteri Adora (disuarakan oleh Melendy Britt) yang “mengangkat pedang magisnya dan menjadi She-Ra, wanita paling kuat di alam semesta, untuk menolong rakan-rakannya mengalahkan Evil Horde sehingga planet mereka Etheria dapat dibebaskan,” menurut sinopsis rasmi.

Siri reboot dari Netflix telah memulakan tayangannya pada November 2018 dan berakhir pada Mei 2020. Dibangunkan oleh Noelle Stevenson, siri ini merangkumi pelakon suara seperti Aimee Carrero, AJ Michalka, Karen Fukuhara, Marcus Scribner, Reshma Shetty, Lorraine Toussaint, Lauren Ash, Christine Woods, Genesis Rodriguez, Vella Lovell, Jordan Fisher, Merit Leighton, Keston John, dan Daniel Dae Kim. 



Related posts

That Cover Girl & Budak Flat Menjadi Kandungan Tempatan Pertama Prime Video

Kakimuvee

Trailer “The Lord of the Rings: The Rings” Goda Penggembaraan Epik Yang Menarik!

Kakimuvee

The Lord of the Rings: The Rings of Power: Lihat Pandangan Pertama Galadriel & Elrond Sewaktu Muda

Kakimuvee

Amazon Dedah Poster Karakter Pertama Siri “The Lord of the Rings”

Kakimuvee

Homelander Mendapat Sentuhan Animasi Dari Pencipta “Rick and Morty” Dalam Teaser Trailer “The Boys Presents: Diabolical”

Kakimuvee

Tarikh Pelancaran The Boys Musim 3 Telah Didedahkan, Tonton Video Pandangan Pertama Disini

Kakimuvee