Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Siri TV

Siri Live-Action Netflix “Cowboy Bebop” Telah Selesai Penggambaran

Selepas berhadapan dengan pelbagai dugaan, akhirnya penggambaran siri ‘live action’ Netflix “Cowboy Bebop” telahpun selesai. Pekara tersebut didedahkan bintangnya, Danielle Pineda menerusi gambar yang dimuatnaik di media sosial Instagram.

Siri terbaru itu merupakan adaptasi dari anime ikonik berjudul sama. “Cowboy Bepop” pertama kali diperkenalkan pada tahun 1998 dan menceritakan tentang krew The Bepop, yang bekerjasama untuk mengesan pelarian yang diburu demi mendapatkan wang. 

Produksi telah bermula di New Zealand pada Oktober 2019, tetapi terhenti selama 9 bulan selepas pelakon John Cho mengalami kecederaan serius di set penggambaran. Netflix membuat keputusan untuk tidak mencari pelakon lain bagi menggantikan tempat Cho, sebaliknya memberi masa kepada pelakon itu untuk sembuh dari kecederaan. 

Penggambaran yang terhenti memberi ruang kepada penulis untuk mengembangkan lagi skrip siri ini, termasuklah membawa masuk pengarah asal Shinichirō Watanabe sebagai perunding kreatif, dan merangkap skrip untuk musim kedua. Penggambaran kemudiannya bersambung semula pada September 2020, dan kini telah selesai secara rasmi.

“Cowboy Bebop” pertama kali diperkenalkan pada tahun 1998 dan menceritakan kisah kru The Bebop, penyendiri intergalaksi yang bekerjasama untuk mengesan pelarian dan menyerahkan mereka demi mendapatkan wang tunai.

Di antara kru The Bepop adalah Spike Spiegel, pahlawan dengan wajahnya yang dingin, menyembunyikan masa lalu yang gelap; juruterbang Jet, penyerang kejam yang tidak sabar untuk mendapatkan bayaran; dan Faye Valentine, pahlawan wanita yang cenderung untuk memisahkan orang bodoh dari wang mereka. Berlatarbelakangkan ruang angkasa pada tahun 2017, bersama mereka adalah Ed, penggodam yang hebat, tetapi pelik, dan anjing baka Welsh Corgi yang sangat genius bernama Ein.

Anime “Cowboy Bebop” hanya disiarkan selama 26 episod sahaja dan satu siri istimewa pada penghujung 1990an. Adaptasi filem pernah dihasilkan pada 2001 berjudul “Cowboy Bepop: The Movie”. 

Related posts

Netflix Lancar Teaser Rasmi Siri Sekuel “Vikings: Valhalla”

Kakimuvee

Siri Epik Sci-Fi “Raised by Wolves” Kembali Untuk Musim Ke-2 Pada 3 Februari Eksklusif Di HBO GO

Kakimuvee

Tarikh Pelancaran The Boys Musim 3 Telah Didedahkan, Tonton Video Pandangan Pertama Disini

Kakimuvee

Trailer ‘The Witcher: Blood Origin’ Meneroka Sejarah Continent Yang Tidak Pernah Diceritakan

Kakimuvee

Trailer Crime Scene: The Times Square Killer Soroti Siri Jenayah Terbaru Netflix

Kakimuvee

Paramount+ Lancar Trailer Pandangan Pertama ‘Halo The Series’

Kakimuvee

Leave a Comment