Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Siri Jenayah Gelap ‘One Ordinary Day’ Dedah Poster Karakter Yang Menampilkan Kim Soo Hyun

Siri jenayah gelap yang akan datang, One Ordinary Day, telah mendedahkan poster karakter terbaru yang menampilkan watak utama, Kim Soo Hyun. 

Dalam poster karakter, yang anda boleh lihat dibawah, Hyun Soo dilihat sedang berputus asa, menjalani kehidupan seorang banduan di dalam penjara kelabu. 


Diarahkan oleh Lee Myung Woo (The Fiery Priest), One Ordinary Day menceritakan kisah seorang pelajar university biasa bernama Kim Hyun Soo, yang hidupnya berubah setelah dia menjadi suspek utama dalam kes pembunuhan. Pemuda itu mendapati dirinya tersisih oleh undang-undang dan semua orang di sekitarnya, sehinggalah seorang peguam yang bernama Shin Joong Han (dilakonkan oleh Cha Seung Won) mengulurkan bantuan.

One Ordinary Day merupakan remake dari drama Britain bertajuk Criminal Justice. Siri ini akan ditayangkan di platform streaming Viu pada 27 November, 2021.

Related posts

Drama Romantik Supernatural “Kiss Sixth Sense” Akan Tiba Secara Eksklusif Di Disney+ Hotstar 25 Mei Ini

Zulaikha

Trailer “KKN di Desa Penari” Goda Kisah Urban Legend Di Indonesia

Kakimuvee

SBS Sahkah Tarikh Tayangan K-Drama Terbaru “Today’s Webtoon”

Zulaikha

6 Sebab Kenapa The Sound of Magic Akan Memukau Anda

Zulaikha

7 K-Drama Fantasi Netflix Yang Akan Membuatkan Anda Terpesona.

Zulaikha

Lebih Banyak K-drama & K-filem Terhangat Di Astro Pada Mei Ini

Zulaikha

Leave a Comment