Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Siri TV

Siri HBO Max “Green Lantern” Mungkin Jalani Penggambaran April Ini.

Masa depan ‘live-action’ Green Lantern menjadi samar-samar sejak percubaan Ryan Reynolds untuk menghidupkan watak Hal Jordan menjadi sasaran ejekan peminat dan pengkritik ketika ia ditayangkan dipawagam pada tahun 2011. 

Bagaimanapun, usaha untuk menghidupkan kembali francais itu masih ada, dan HBO Max beberapa bulan yang lalu telah mengumumkan perancangan siri TV “Green Lantern“. Kini, penggambarannya akan bermula lebih awal dari dijangkakan. 

Menurut iklan yang terdapat dalam senarai ‘Production List‘, “Green Lantern” akan memulakan penggambarannya di Los Angeles pada 12 April ini. Jika dilihat pada keterangan projek, ia ditulis ‘filem’, mungkin tersalah cetak. 

Warner Bros. dan DC masih merahsiakan watak manakah yang akan muncul dalam siri akan datang. Tetapi jika dilihat pada ringkasan projek, nama Guy Gardner, Jessica Cruz, Simon Baz dan Alan Scott disebut sebagai karakter. Malah, karakter Alan nampaknya mengikuti versi komik DC New 52, dimana ia merupakan watak homoseksual. 

“The Green Lantern Corps is an outer-space law-enforcement agency aided by each members’ individual power ring that grants the wearer abilities based on the strength of their own willpower. Follows the adventures of a multitude of Lanterns, including Guy Gardner, Jessica Cruz, Simon Baz and Alan Scott ? Earth?s first Green Lantern, who, true to the comics, is a gay man ? and many more”

Seth Grahame-Smith, yang sebelum ini menjadi antara pilihan Warner Bros. untuk mengarahkan filem “The Flash”, akan menjadi ‘Showrunner’ “Green Lantern”. Dia turut menulis lakonlayar bersama Mar Guggenheim (Arrowverse, Green Lantern). 

Walaupun rancangan itu bukan berada dalam dunia Arrowverse”, Greg Berlanti tetap terlibat dalam projek akan datang sebagai penerbit. 

HBO Max sudah memberi lampu hijau untuk menghasilkan siri 10 episod. Bagaimanapun, perkhidmatan streaming itu masih belum mendedahkan tarikh tayangan serta barisan pelakonnya. 

Related posts

HBO Drama Series THE GILDED AGE Debuts January 25 Exclusively on HBO GO And HBO

Kakimuvee

Teaser Pertama ‘Moon Knight’ Yang Menampilkan Oscar Isaac Sebagai Watak Utama

Kakimuvee

Pandangan Pertama Iman Vellani Sebagai Ms. Marvel Telah Didedahkan kepada Umum

Kakimuvee

Owen Wilson & Larry the Cable Guy Kembali Dalam Siri Disney+ ‘Cars on the Road’

Kakimuvee

Treler Baymax! Menggoda Debut 2022 Di Disney+

Kakimuvee

Siri Disney+ She-Hulk Dapat Teaser Pertama

Kakimuvee

Leave a Comment