
Walaupun masih belum ada pengesahan mengenai siapakah yang memainkan peranan Kate Bishop, Marvel Studios dilihat sedang bersedia untuk memulakan penggambaran siri Marvel Disney+ Hawkeye.
Seorang pengguna Twitter telah kongsikan notis “dilarang meletak kereta”, yang mana notis tersebut mendedahkan tajuk kerja Hawkeye iaitu “Anchor Point”. Penggambaran akan dilakukan di pusat bandar Brooklyn pada hari Rabu, 2 Disember (waktu tempatan).
Disney+ Hawkeye show gonna be doing some filming in downtown Brooklyn next week. pic.twitter.com/J2bWdr9TQ4
— Chris Welch (@chriswelch) November 26, 2020
Jeremy Renner kembali meneruskan peranannya sebagai Clint Barton, dan siri terbaru ini bakal memperkenalkan Kate Bishop dalam Marvel Cinematic Universe. Mengikut versi komik, Barton telah melepaskan gelaran Hawkeye kepada Bishop dan dia akan menjadi salah seorang ahli kepada kumpulan Young Avengers.
Hawkeye akan diarahkan oleh Amber Finlayson dan Katie Ellwood (Troop Zero) bersama-sama Rhys Thomas (Staten Island Summer). Siri terbaru Disney+ MCU ini akan ditayangkan di platform steaming Disney+ pada musim luruh 2021.