Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaOfficial TrailerSiri TV

Siri Epik Sci-Fi “Raised by Wolves” Kembali Untuk Musim Ke-2 Pada 3 Februari Eksklusif Di HBO GO


Raised by Wolves, drama sci-fi menarik yang dihidupkan oleh penerbit berwawasan Ridley Scott (The Martian, Blade Runner), kembali untuk musim kedua dengan lapan episod baharu, dengan dua episod ditayangkan pada Khamis, 3 Februari secara eksklusif di HBO GO. Debut episod seterusnya setiap Khamis.

Untuk melihat sekilas tentang apa yang diharapkan penonton, saksikan trailer dibawah dan ikuti musim pertama Raised by Wolves di HBO GO.

Dalam Raised by Wolves Musim 2, Android berganding bahu dengan Mother (Amanda Collin) dan Father (Abubakar Salim), bersama-sama keluarga mereka yang mempunyai enam anak manusia, menyertai koloni ateistik yang baru terbentuk di zon tropika misteri Kepler 22 b, hanya untuk mendapati bahawa mengemudi dikalangan masyarakat baru yang aneh hanyalah permulaan kepada masalah mereka kerana “anak kandung” Mother mengancam untuk memacu apa yang tinggal sedikit daripada umat manusia kepada kepupusan.

Turut menyertai pelakon utama adalah Travis Fimmel sebagai Marcus, Niamh Algar sebagai Sue dan Kim Engelbrecht sebagai Decima, dengan Winta McGrath, Jordan Loughran, Matias Varela, Felix Jamieson, Ethan Hazzard, Aasiya Shah, Ivy Wong, Peter Christoffersen, Selina Jones, Morgan Santo, James Harkness, dan Jennifer Saayeng.

Raised by Wolves diterbitkan oleh Ridley Scott menerusi sepanduk Scott Free Productions, bersama Aaron Guzikowski, David W. Zucker (The Man in the High Castle), Jordan Sheehan (The Terror), Adam Kolbrenner (Prisoners) dan Mark Huffam (The Martian) yang berkhidmat sebagai penerbit eksekutif. Siri ini dicipta oleh Guzikowski, penulis terkenal dan berwawasan di sebalik filem yang telah mendapat banyak pujian, Prisoners.


https://youtu.be/OyEYktM5fzM


Related posts

Penjahat Utama Kembali Dalam Trailer Kung Fu Panda 4

Kakimuvee

Trailer Leave the World Behind Menampilkan Barisan Pelakon Bintang

Kakimuvee

Filem Rompakan Komedi Netflix WINGWOMEN Akan Ditayangkan Pada 1 November Ini

Kakimuvee

Rowoon & Cho Yi-hyun Menjadi Pakar Perkahwinan Dalam Drama Terbaru ‘The Matchmakers’

Kakimuvee

THE EXORCIST: BELIEVER Akan Ditayangkan Di Pawagam Tempatan Pada 5 Oktober Ini

Kakimuvee

Siri Original HBO TRUE DETECTIVE: NIGHT COUNTRY Akan Membuat Debut 15 Januari

Kakimuvee