Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaOfficial TrailerSiri TV

Siri Disney+ She-Hulk Dapat Teaser Pertama


Siri Disney+ She-Hulk telah diumumkan pada 2019, dan kini kita akhirnya dapat melihat teaser trailer pertamanya. Klip pendek, yang anda boleh lihat dibawah, adalah sebahagian daripada sambutan Hari Disney+. Buat masa ini, tarikh tayangannya masih belum diumumkan. 

Video ringkas itu menunjukkan Jennifer Walters (Tatiana Maslany) sebagai “peguam yang biasa” sebelum memberikan sekilas kulit hijaunya. Smart Hulk kemudian menjelaskan bahawa transformasi itu “dicetuskan oleh kemarahan dan ketakutan.” Walters kemudian memberikan dialog klasik “jangan buat saya marah” di sebelah manusia (dan sepupunya) Bruce Banner dalam apa yang kelihatan seperti iklan dari tahun 1980-an atau 1990-an.

Siri yang berkonsepkan perundangan komedi ini akan mengandungi 10 episod dengan setiap satunya berdurasi 30 minit. Turut menyertai barisan pelakon adalah Jameela Jamil, Tim Roth, Ginger Gonzaga, Renée Elise Goldsberry dan Josh Segarra. Projek ini telah tertunda beberapa kali sebelum memulakan penggambaran pada April dan selesai pada Ogos yang lalu. 


Related posts

Drama Bersiri Max Original DUNE: PROPHECY Akan Membuat Debut Pada Musim Luruh Ini

Kakimuvee

Mega Minion Hadir Membantu Gru Dalam Trailer Terbaru Despicable Me 4′

Kakimuvee

Review Filem: The Marvels (2023)

Kakimuvee

[VIDEO] Trio The Marvel Melawat Planet Aladna Dalam Video ‘Deleted Scene’ Terbaru

Kakimuvee

Penjahat Utama Kembali Dalam Trailer Kung Fu Panda 4

Kakimuvee

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee