Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Anime

Siri Asal Anime Cowboy Bebop Akan Ditayangkan Di Netflix Pada 21 Oktober Ini


Kesemua 26 episod siri asal anime Cowboy Bebop akan tersedia di Netflix pada 21 Oktober 2021, jam 3 petang MYT.Β 

Selepas berjaya menambat hati peminat anime sejak 1998, Netflix akan menghidupkan kembali kumpulan koboi angkasa ini menerusi tayangankan semula di platform streaming.Β 

Dalam pengembaraan galaksi yang diilhamkan oleh jazz, kita akan bertemu dengan kru Bebop Spike Spiegel (bekas anggota sindiket), Jet Black (bekas polis), Faye Valentine (pakar penipuan), Radical Ed (penggodam), dan Ein (seekor anjing data), yang hidup dengan memburu ganjaran di angkasa lepas yang luas.Β 

“Bagi saya, ia adalah kejutan dan penghormatan besar kepada dunia Cowboy Bebop yang telah berkembang lebih dari 20 tahun dan akan terus maju,” ujar Shinichirō Watanabe, pengarah siri anime yang asal.

Kurang dari sebulan, peminat juga akan dapat menikmati adaptasi live-action Cowboy Bebop, yang dihidupkan oleh barisan pelakon suara asal dari Jepun – termasuklah Koichi Yamadera sebagai Spike, Megumi Hayashibara sebagai Faye Valentine, Norio Wakamoto sebagai Vicious , dan Gara Takashima sebagai Julia. Siri live-action, yang dihasilkan bersama oleh Netflix dan Tomorrow Studios, akan membuat debut pada 19 November ini, hanya di Netflix.


Yamadera-san berkongsi, β€œCowboy Bebop adalah karya paling penting bagi saya. Saya telah lama menantikan versi live-action. Saya dapat merasakan penghormatan yang kuat terhadap anime ini. Saya harap penonton dapat melihat watak Spike, yang pernah saya lakonkan, menerusi persembahan oleh John Cho, yang sangat mahir mengambil peranan dalam versi ini. Terdapat banyak tetapan dan perkembangan yang hanya dapat dilakukan dalam siri aksi-nyata. Saya berharap, peminat yang menyukai Cowboy Bebop dan mereka yang baru mengenalinya, dapat menikmati siri baru ini.”

Berikut adalah pelakon suara Jepun yang akan menyumbang suara watak-watak dalam siri live-action Cowboy Bepop.Β 

  • Koichi Yamadera – Spike Spiegel
  • Norio Wakamoto – Vicious
  • Megumi Hayashibara – Faye Valentine
  • Gara Takashima – Julia
  • Taiten Kusunoki – Jet Black
  • Tsutomu Taruki – Punch
  • Miki Nagasawa – Judy
  • Takaya Hashi – Teddy Bomber
  • Kenyu Horiuchi – Gren
  • Masako Isobe – Mao
  • Romi Park – Shin
  • Hikaru Midorikawa – Lin


Related posts

Pandangan Pertama Filem Aksi Komedi BACK IN ACTION Lakonan Jamie Foxx & Cameron Diaz

Kakimuvee

Netflix Umum Musim Dua 3 BODY PROBLEM

Kakimuvee

Zuko Pamer Skil ‘Firebending’ Dalam Klip Video Avatar: The Last Airbender

Kakimuvee

Jumlah Penonton ‘Rebel Moon Part 1’ Di Netflix Telah Didedahkan

Kakimuvee

Dokumentari Jenayah Jho Low MAN ON THE RUN Akan Tayangan Di Netflix Pada Januari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee