Voltron: Defender of the Universe telah menjadi siri animasi kanak-kanak popular pada zaman 1980an. Tetapi siri animasi tersebut hanya berjalan sekejap sahaja sebelum dihentikan. Namun, pada tahun 1998, mereka menerbitkan kembali siri animasi tersebut yang bertajuk Voltron: The Third Dimension dan kemudian Netflix telah meārebootā siri tersebut dengan tajuk baru, Voltron: Legendary Defender.
Kemudian, selepas melihat kejayaan filem Live-action pertama Transformers (yang kini memasuki filem ke-5), penerbit Mark Gordon cuba membawa siri animasi tersebut ke bentuk filem pula. Namun perancangan tersebut terbantut hampir sedekad disebabkan kekangan belanjawanĀ dan juga masalah perundangan (pemilikan hakcipta) diantara dua syarikat produksi animasi.
Bagaimanapun, segala permasalahan yang menghalangan rancangan filem live-action pertama siri animasiĀ ini telah berjaya diselesaikan dan Universal Studio telah memutuskan untuk membuat filem tersebut pada bila ā bila masa sahaja.
Setakat ini mereka telah memilih David Hayter untuk menulis skrip. David sebelum ini pernah menulis untuk dua filem pertama X-Men dan juga filem Watchman. Cuma buat masa ini pihak Universal Studio belum memgumumkan langkah seterusnya dalam pembikinan projek filem ini.
Pada tahun 2005, Gordon mengumumkan rancangan untuk membuat Live-action Voltron tanpa mencari pelabur. Kemudian New Regency cuba untuk bekerjasama menghasilkan filem ini pada 2007 namun kes mahkamah antara World Event Productions dan Toei Animations mengenai isu hakcipta telah merencatkan perjalanan filem ini.
Setakat ini, tiada tarikh release filem berkenaan diumumkan, dan update-update lain belum dikeluarkan oleh pihak produksi. Jika pengambaran Voltron selesai, ini merupakan filem ketiga mengenai robot selepas filem Transformers dan Pacific Rims.
Teruskan bersama blog ini untuk mengentahui kemaskini mengenai filem Live Action Voltron akan datang