Baru-baru ini telah “viral” dilaman sosial mengenai berita penghasilkan filem Kluang Man apabila gambar bekas pelakon Azhar Sulaiman dan Yusri KRU bersama seorang lagi individu sedang berbincang untuk menghasilkan filem Kluang Man tersebar.
Berita tersebut pasti mengembirakan peminat filem tanah air apabila mereka sudah lama menantikan siri animasi Kluang Man diangkat ke layar perak dalam bentuk “live action”.
Kluang Man merupakan salah satu siri kartun tempatan yang popular di era 90an dan diadaptasikan dari siri superhero Batman. Selain Kluang Man, terdapat beberapa siri animasi dan kartun tempatan telah diangkat menjadi sebuah filem antaranyaĀ Upin danĀ IpinĀ sertaĀ Boboiboy.
Sebenarnya terdapat banyak lagi siri animasi dan kartun tempatan yang layak untuk diangkat menjadi sebuah filem atau di “live action” kan. Disini, kami di Kakimuvee akan kongsikan beberapa siri kartun dan animasi tempatan yang mungkin dijadikan idea oleh pihak produksi untuk diangkat menjadi sebuah filem.
Silat Lagenda.
Silat Lagenda adalah sebuah filem animasi tempatan dengan kos pembikinan sebanyak RM6 juta. Tetapi sayangnya, filem ini hanya mampu mengaut RM141,700 ribu sahaja. Walaupun begitu, kita masih boleh berharap agar aksi lima anak muda menentang penjahat Mona ditonton dalam bentuk Live Action. Sudah lama kita tidak tonton filem berbentuk martial art buatan Malaysia bukan?
Anak-Anak Sidek
Antara siri kartun dan komik paling popular tanah air. Komiknya mampu bertahan selama 10 tahun sejak pertama kali diterbitkan pada tahun 1995. Malah ianya diadaptasikan dalam bentuk kartun selama 39 episode di stesen TV RTM. Anak-anak Sidek adalah komik biografi mengenai bekas pemain-pemain Badminton Negara seperti Misbun Sidek, Razif Sidek, Jalani Sidek, Rahman Sidek dan Rashid Sidek. Filem Lee Chong Wei sedang dalam pembikinan, bila lagi pihak produksi mahu hasilkan filem biopik mengenai keluarga Sidek pula? sekurang-kurangnya, generasi baru mengentahui sejarah bekas-bekas pemain Badminton negara semasa muda sebelum mereka menjadi wira negara menjuarai Piala Thomas 1992.

Bersama Selamanya
Siapa peminat majalah Ujang? Jika anda peminat Majalah Ujang, pasti akan membaca siri kartun Bersama Selamanya karya pelukis Gayour. Ya! kisah 5 sahabat peminat musik Metal mengharungi hari-hari mereka. Terdapat peminat siri kartun ini berharap dapat melihat Amar, Din Senget, Dollah, Mat Tepet dan Pet beraksi di layar perak. Anda bagaimana? Tak mahu ke melihat aksi mereka di pawagam?
Usop Sontorian
Satu lagi siri kartun popular karya Ujang, Usop Sontorian. Mengisahkan kehidupan anak-anak kampung Parit Sonto, Johor. Siri kartun bersiaran di stesen TV 1 selama 2 tahun bermula tahun 1996 sehingga 1998 dan mempunyai 49 episod.
Kampung Boy
Kampung Boy, karya Dato Lat, antara siri animasi terbaik pernah dihasilkan. Ianya bukan sahaja ditayangkan di Malaysia, malah turut ditayangkan dibeberapa negara lain. Siri animasi ini mengangkat kehidupan kampung yang cukup menyeronokkan berbanding kehidupan di bandar-bandar besar.Ā Jika siri Animasi Kampung Boy berjaya diluar negara, tidak mustahil, filem Kampung Boy mungkin juga akan berjaya samada di dalam atau di luar negara.
Bola Kampung
Satu lagi siri Animasi moden yang dihasilkan oleh anak tempatan. Ia bukan sahaja ditayangkan di Malaysia, malah turut bersiaran di Thailand, India, Hong Kong dan juga di beberapa negara Asean. Bola Kampung jika diangkat dalam bentuk filem ataupun Live-Action, ia pasti menjadi sebuah filem sukan yang menarik setanding filemĀ Ola Bola.Ā
Ejen Ali
Siri animasi terbaru yang bersiaran pada tahun lepas. Ejen AliĀ seorang pelajar Darjah Enam bernama Ali yang menjadi seorang ahli perisikan untuk sebuah pertubuhan rahsia secara terpaksa kerana tidak sengaja melibatkan diri dengan misi pertubuhan tersebut menentang musuh. Sebuah siri animasi yang baik dan khabarnya, filem Ejen Ali akan dihasilkan tetapi bukan dalam masa terdekat.
Selangkah Ke Alam Misteri
Last but not least, kami berharap sangat siri komik Selangkah ke Alam Misteri dapat dihasilkan dalam bentuk filem horror ataupun siri kartun sekurang-kurangnya. Siri komik karya kartunis Bawang ini sangat “best” bila dibaca, bukan sahaja menampilkan element seram tetapi twistnya di penghujung cerita. Diharap, Selangkah ke Alam Misteri ini dapat diadaptasikan dalam bentuk filem.