Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Siri 6-Episod Dari Thailand “Bangkok Breaking” Akan Hadir Di Netflix 23 September September Ini

Netflix telah mengumumkan tarikh pelepasan siri TV dari Thailand Bangkok Breaking, yang akan mengungkap konspirasi gelap yang tersembunyi disebalik kegiatan badan amal di ibu kota Thailand. ‘Weir’ Sukollawat Kanaros dan ‘Aom’ Sushar Manaying memainkan watak utama dengan Kongkiat Komesiri selaku pengarah siri. 

Teaser rancangan baru ini menjanjikan sesuatu yang menarik sebelum tayangan perdana global pada 23 September 2021, secara eksklusif di Netflix.

Bangkok Breaking, siri aksi-suspen enam-episod dari Thailand, memperlihatkan kepada penonton sisi berbeza Bangkok. Selain daripada kisah yang menarik, Bangkok Breaking juga merupakan siri Thailand pertama yang dirakam dalam visual HDR sepenuhnya. 

Siri ini juga merangkumi beberapa nama terkenal seperti Sahajak Boonthanakit, Pavarit Mongkolpisit, Suthipongse Thatphithakkul, Bhasaworn Bawronkirati, Daweerit Chullasapya, Arisara Wongchalee, Pantipa Arunwattanachai, Supranee Choenpolban, Wanchaponbaya, Sopanee Charoenpol, Wenchwandan, Wenchayapong. Mereka juga disertai oleh bakat seperti Abhicha Thanachanun, Pitchatorn Santinatornkul, Jaytiya Naiwattanakul, dan Kittiphoom Wongpentak.

‘Weir’ Sukollawat Kanaros membawa watak ‘Wanchai’, seorang lelaki dari luar bandar yang datang ke Bangkok yang mencari wang demi keluarganya, tetapi akhirnya dia terlibat dalam satu kejadian yang tidak dijangka, yang membawanya ke jalan berbaha di kota ilusi ini. ‘Aom’ Sushar Manaying sebagai ‘Kat’, seorang wartawan muda yang bersemangan dan berkomitmen penuh terhadap ideologi kewartawanannya sebagai suara untuk rakyat.

Bagaimana misteri di sebalik konspirasi bandar dapat diselesaikan? Jangan ketinggalan menonton Bangkok Breaking, streaming pada 23 September 2021, hanya di Netflix.

Related posts

iQiyi Dedah Trailer Terbaru Untuk K-Siri Asli Yang Akan Datang “Jirisan”

Zulaikha

Episod Terbaru “Hometown Cha-Cha-Cha” Catat Penurunan

Zulaikha

“Yumi’s Cells,” “One The Woman,” & “The Veil” Memulakan Pertarungan Rating Penonton

Zulaikha

Finale “Hospital Playlist 2” Capai Penilaian Tertinggi Sepanjang Musim

Zulaikha

iQiyi’s New Original Chinese-Language Series Rainless Love in a Godless Land Premieres On October 17th

Zulaikha

So Ju Yeon, Jung Yi Seo, & Jo In Bintangi Drama Istimewa KBS

Zulaikha

Leave a Comment