Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Sinopsis Pacific Rim: Uprising Didedahkan


Studio Legendary Pictures dan Universal Pictures telah mendedahkan sinopsis penuh untuk filem sekuel akan datang Pacific Rim: Uprising. Trailer filem berkenaan akan didedahkan kepada umum pada Jumaat ini konvensyen Comic Con di New York

Pacific Rim: Uprising dibintangi oleh John Boyega, Scott Eastwood, Jing Tian, Cailee Spaeny, Rinko Kikuchi, Burn Gorman, Adria Arjona dan Charlie Day. Pacific Rim: Uprising akan berlatarbelakangkan 10 tahun selepas pertempuran terakhir diantara Kaiju dan Jaeger di The Breach.

 

Sinopsis:

John Boyega akan membawakan watak Jake Pentecost, anak kepada Stacker Pentecost (lakonan Idris Elba – dalam filem Pacific Rim 1) yang telah meninggalkan latihannya sebagai juruterbang Jaeger. Jake telah ditangkap kerana terlibat dengan jenayah. Bagaimanapun, bandar-bandar di pelusuk Bumi telah diancam kemunculan kembali raksasa “Kaiju”. Kakak angkat beliau, Mako Mori (Lakonan Kikuchi) telah memberi peluang terakhir kepada beliau untuk meneruskan legasi ayahnya. Mako Mori telah mengetuai sekumpulan pilot Jaeger generasi baru yang bersatu untuk menghapuskan Kaiju.

Jake akan bekerjasama dengan musuhnya, Lambert (lakonan Scott Eastwood) yang merupakan juruterbang berbakat serta Jaeger Hacker, Amara (lakonan Cailee Spaeny) yang baru berusia 15 tahun. Mereka bergabung tenaga dalam pengembaraan yang penuh mencabar bagi menghentikan ancaman Kaiju.

Pacific Rim: Uprising akan ditayangkan pada 23 Mac 2018



Related posts

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

John Boyega & Robert De Niro Bergandingan Dalam Filem Terbaru Netflix “The Formula”

Kakimuvee

Pelakon Asal Watak ‘Mak Lampir’, Farida Pasha Meninggal Dunia Akibat COVID-19

Is Mohd