Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Sinopsis Filem Black Panther, Pengambaran Telah Bermula

Selepas beberapa bulan mengumpulkan aktor-aktor termasuk beberapa nama terkenal seperti Forest Whitaker, Sterling K. Brown dan Angela Bassett, pengarah Ryan Coogler dan krew produksi secara rasmi telah memulakan pengambaran filem solo superhero Marvel, Black Panther. 

Studio Marvel telah mengeluarkan kenyataan rasmi mereka mengenai berita terbaru ini dan krew produksi akan memulakan pengambaran mereka di Atlanta dan Korea Selatan. Ryan Coogler yang juga bekas pengarah filem Creed turut bersama-sama Joe Robert Cole menghasilkan screenplay filem Black Panther. 

Pihak Marvel juga telah mengeluarkan sinopsis awal:

Black Panther follows T’Challa who, after the events of Captain America: Civil War, returns home to the isolated, technologically advanced African nation of Wakanda to take his place as King. However, when an old enemy reappears on the radar, T’Challa’s mettle as King and Black Panther is tested when he is drawn into a conflict that puts the entire fate of Wakanda and the world at risk.

Difahamkan, Michael B. Jordan akan membawa watak villain untuk filem ini. Selain itu juga, antara bintang filem yang turut serta dalam pembikinan ini ialah Lupita Nyong’o, Danai Gurira (The Walking Dead), Martin Freeman (reprising his role from Civil War), Daniel Kaluuya (Get Out), Angela Bassett, Forest Whitaker dan Andy Serkis.

Barisan Pelakon Filem

Black Panther telah membuat penampilan pertamanya dalam filem Captain America: Civil War dengan menyebelahi pasukan Iron Man menentang kumpulan Captain America. Beliau merupakan waris diraja negara Wakanda dan memiliki abiliti sehebat Captain America dan juga individu paling kaya berbanding Tony Stark.

Black Panther akan menemui penonton pada 16 Februar 2018.

Related posts

Jonathan Majors Ditahan Kerana Dakwaan Serangan & Keganasan, Keluarkan Kenyataan Nafi Tuduhan

Kakimuvee

Gambar Belakang Tabir ‘Joker 2’ Dedah Pakaian Harley Quinn Lakonan Lady Gaga

Kakimuvee

Zack Snyder Kongsikan Poster Epik Untuk Acara ‘Trilogi Snyderverse’ Yang Akan Berlangsung Bulan Hadapan.

Kakimuvee

Owen Wilson Kongsikan Jangkaan Tarikh Tayangan ‘Loki’ Musim 2

Kakimuvee

Poster ‘The Hunger Games: The Ballad of Songbirds & Snakes’ Telah Didedahkan

Kakimuvee

Durasi Tayangan ‘Guardians of the Galaxy Vol. 3’ Didedahkan, Paling Lama Berbanding 2 Filem Sebelum Ini

Kakimuvee

Leave a Comment