Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Sinopsis Aquaman Telah Didedahkan

Sementara peminat menantikan trailer pertama filem Aquaman yang bakal ditayangkan di Comic-Con International, San Diego, pihak studio Warner Bros. telah mendedahkan sinopsis rasmi filem yang menampilkan hero dari kalangan Atlantean. Anda boleh baca sinopsis filem adiwira DC ini dibawah.

“From Warner Bros. Pictures and director James Wan comes an action-packed adventure that spans the vast, visually breathtaking underwater world of the seven seas, Aquaman, starring Jason Momoa in the title role. The film reveals the origin story of half-human, half-Atlantean Arthur Curry and takes him on the journey of his lifetime — one that will not only force him to face who he really is, but to discover if he is worthy of who he was born to be … a king.”

Filem keenam DCEU ini akan menyaksikan persengketaan saudara diantara Arthur Curry dan King Orm (Patrick Wilson) yang merancang untuk memulakan perang dengan manusia di atas permukaan bumi bagi membalas dendam atas perbuatan manusia yang melakukan pencemaran laut sejak berkurun yang lalu. Untuk mengelakkan perang diantara manusia dan Atlantis, Arthur Curry perlu bergabung dengan 7 kerajaan Atlantis yang lain.

Aquaman diarahkan oleh James Wan manakala skrip ditulis oleh David Leslie Johnson-McGoldrick (The Conjuring 2) dan Will Beall.

Selain Jason Momoa, filem ini turut dibintangi pelakon Amber Heard, Patrick Wilson, Willem Dafoe, Yahya Abdul-Mateen II, Temuera Morrison, Dolph Lundgren, serta Nicole Kidman.

Aquaman bakal menemui penonton pada 21 Disember 2018

Poster terbaru filem Aquaman

Related posts

Amber Heard Tidak Dipecat Dari Peranannya Sebagai Mera Dalam “Aquaman 2”

Zulaikha

“Nomadland” & “Borat Subsequent Moviefilm” Ketuai Senarai Pemenang Golden Globes 2021

Isqandar

Warner Bros. Reboot Filem Superman, J.J. Abrams Jadi Penerbit

Kakimuvee

Barisan Pelakon & Trailer Filem Animasi Terbaru Disney / Pixar “Luca”

Kakimuvee

Tonton Klip Pembukaan “Zack Snyder’s Justice League” Yang Penuh Dengan ‘Easter Egg’

Kakimuvee

The Division: Rawson Marshall Thurber Ambil Alih Kerusi Pengarahan

Kakimuvee

Leave a Comment

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Kakimuvee - Portal Informasi Perfileman