Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

“Sinkhole” Menjadi Filem Korea Paling Pantas Catat Lebih 1 Juta Penonton Pada Tahun 2021

Sinkhole mencapai kejayaan bermakna di pentas box office. 

Menurut Majlis Filem Korea, jumlah penonton filem Sinkhole telah mencecah 1,000,792 pada pagi 16 Ogos. Filem ini telah dilancarkan pada 11 Ogos yang lalu, dan menjadi filem Korea paling pantas mencapai 1 juta penonton dalam tempoh hanya enam hari. Filem ini juga merupakan filem Korea kedua tahun ini yang melepasi angka 1 juta penonton selepas Escape From Mogadishu. 

Ini merupakan pencapaian terbesar buat industri filem Korea walaupun mereka dibawah garis panduan jarak sosial yang paling ketat.

Sinkhole membukan tayangannya dengan jumlah 14,700 penonton, mengatasi rekod Escape From Mogadishu, dan jualannya yang sukses didorong ulasan positif dari penonton, dan cuti umum Hari Pembebasan Nasional Korea (15 Ogos).

Sinkhole adalah filem bencana komedi terbaru mengenai seorang lelaki yang menabung selama 11 tahun untuk membeli rumanya sendiri. Bagaimanapun rumahnya runtuh menjadi satu lubang yang cukup besar dalam beberapa minit. Filem ini dibintangi Kim Sung Kyun, Cha Seung Won, Lee Kwang Soo, dan Kim Hye Joon.

Sumber: Soompi

Related posts

Netflix Umum Tajuk Adaptasi Korea Money Heist, Tonton Teaser Pertama Disini

Kakimuvee

Rating “Snowdrop” & “Bulgasal” Kembali Meningkat

Kakimuvee

“Through The Darkness” & “The King Of Tears, Lee Bang Won” Capai Rating Tertinggi Setakat Ini

Zulaikha

Sekolah Diserang Zombi Dalam Trailer Rasmi All of Us Are Dead”

Kakimuvee

Penggembaraan Epik Han Hyo Joo, Kang Ha Neul, Lee Kwang Soo & Kwon Sang Woo Dalam Poster Terbaru “The Pirates: The Goblin Flag”

Kakimuvee

Heo Sung Tae Sertai Kang Ha Neul Dalam Drama Aksi Terbaru “Insider”

Zulaikha

Leave a Comment