Berita

Sinematografer “The Irishman” Dedahkan Filem Terbaru Martin Scorsese, Leonardo DiCaprio Bawa Watak Utama

Views

Dalam temubual bersama wartawan Collider baru-baru ini, sinematografer filem The Irishman Rodrigo Preito mengesahkan bawa dia akan kembali berkerjasama dengan pengarah Martin Scorsese dalam filem adaptasi terbaru berjudul Killers of the Flower Moon. 

Dia juga turut mendedahkan bawa filem yang dibintangi Leonardo DiCaprio sebagai pelakon utama itu akan memulakan penggambaran pada Mac 2020.

Projek terbaru itu menandakan projek kelima diantara Prieto dan Scorsese dimana mereka berdua pernah berkerjasama dalam filem The Wolf of Wall Street, Vinyl dan Silence. 

Diadaptasikan dari novel Killer of the Flower Moon karya David Grann, filem tersebut berkisarkan tentang siasatan kes pembunuhan melibatkan orang kaya Osage di Osage County, Oklahoma pada era 1920an sebaik sahaja penemuan minyak ditanah milik simati. Pihak FBI yang menyiasat kes tersebut menemui rahsia menakutkan disebalik kes pembunuhan tersebut.

Filem tersebut ditulis oleh Eric Roth (A Star is Born), dan diterbitkan oleh Imperative Entertainment bersama-sama Scorsese, Appian Way Productions dan Sikelia Production. Selain DiCaprio, rakan baik Scorsese, Robert De Niro turut dilaporkan akan membintangi filem akan datang.

BACA:  Stan Lee Akan Muncul Dalam Filem Reboot Spawn Sebagai Watak Cameo

Killers of the Flower Moon merupakan filem ketujuh DiCaprio bersama Scorsese. Dicaprio mula bekerja dibawah Scorsese menerusi filem Gangs of New Yorks, diikuti The Aviator, The Departed, Shutter Island, The Wolf of Wall Street dan filem pendek berjudul The Audition yang diterbitkan pada 2015.

Tinggalkan Balasan

shares