Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita Official Trailer

Simu Liu Tidak Boleh Lari Dari Takdir Dalam TV Spot Terbaru “Shang-Chi”

Marvel Studios telah merilis TV Spot terbaru untuk filem super-hero seni mempertahankan diri arahan Destin Daniel Cretton, Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings, yang menampilkan pengenalan wira terbaru MCU, yang dilakokan oleh Simu Liu. Filem PG-13 ini dijadualkan ke pawagam pada 3 September.

TV Spot Shang-Chi, yang boleh anda boleh lihat di bawah, memberikan kepada penonton beberapa rakaman aksi terbaru yang menyoroti kehebatan Ten Rings serta dilema pahlawan utama untuk menjadi seperti ayahnya, The Mandarin.

Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings dibintangi pelakon Simu Liu sebagai watak utama Shang-Chi, Tony Leung sebagai ‘the real’ Mandarin dan Awkwafina (watak masih lagi tidak diketahui). Michelle Yeoh dan petinju profesional, Florian Munteanu dilaporkan menyertai barisan pelakon.

Destin Daniel Cretton bertindak selaku pengarah berdasarkan skrip yang ditulis oleh Dave Callaham. Filem ketiga Fasa 4 MCU ini menceritakan tentang Shang-Chi yang akan menentang organisasi penganas dikenali sebagai Ten Rings. 

Shang-Chi, juga dikenal sebagai The Master of Kung Fu, pertama kali diperkenalkan di halaman Special Marvel Edition # 15 pada tahun 1973 setelah mereka gagal memperoleh hak untuk siri TV Kung Fu yang terkenal ketika itu, yang dibintangi oleh David Carradine. Sebagai pakar pertempuran, Shang-Chi akhirnya memperoleh kemampuan untuk membuat sejumlah replika dirinya.

Setelah Special Marvel Edition mengubah namanya menjadi The Hands of Shang-Chi: Master of Kung Fu, watak itu terus muncul dalam terbitan Marvel Team-Up dan Marvel Two-in-One. Dia juga pernah menjadi anggota The Avengers and Heroes for Hire, yang terakhir bersama rakan-rakan tuan kung fu, Daughter of the Dragon.

Related posts

Riot Games & Netflix Dedahkan Poster Karakter “Arcane” & Barisan Pelakon Suara

Kakimuvee

Poster Karakter “Venom: Let There Be Carnage” Menampilkan Watak-Watak Utama

Kakimuvee

HBO AND HBO MAX WIN 19 EMMY AWARDS

Kakimuvee

Fan-Art ‘What If…?’ Dedah Versi Live-Action Marvel Zombie – Captain America, Thanos, & Scarlet Witch

Kakimuvee

Teaser “Paranormal Activity: Next of Kin” Pratonton Filem Reboot Untuk Paramount+

Kakimuvee

Three Programs To Get You More Excited For TUDUM

Zulaikha

Leave a Comment