Penerbit dan penulis siri X-Men, Simon Kinberg secara rasmi akan menulis dan mengarahkan filem terbaru X-Men: Dark Phoenix serta akan membawa pelakon-pelakon dari filem X-Men: Apocalypse seperti James McAvoy (Professor X), Michael Fassbender (Magneto), Jennifer Lawrence (Mystique), Nicholas Hoult (Beast), Alexandra Shipp (Storm), Tye Sheridan (Cyclops), dan Kodi Smit-McPhee (Nightcrawler).
Simon Kinberg juga akan menerbitkan filem ini bersama-sama Lauren Shuler Donner dan Hutch Parker.
Selain itu, aktres Jessica Chastain dilaporkan sedang berbincang dengan pihak studio untuk membawakan watak villain dalam filem X-Men: Dark Phoenix. Laman web THR mendedahkan dia bakal membawa peranan Lilandra, pemerintah Shi’ar Empire, bangsa alien yang sedang mencari sumber kuasa Phoenix Force. Sophie Turner bakal menjadi watak utama untuk filem kali ini dan meneruskan wataknya sebagai Jean Grey dan memiliki kuasa Phoenix.
Jean Grey akan menjadi mangsa buruan bangsa Shi’ar yang sememangnya sedang mencari kuasa tersebut.
Kinberg sebelum ini mengesahkan, filem X-men terbaru ini akan berlatarbelakangkan zaman 10 tahun selepas event Apocalypse iaitu pada tahun 1990s. X-Men: Dark Phoenix akan menemui penonton 2 November 2018.