Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Simon Kinberg Jelaskan Sebab The New Mutants Ditangguh Sehingga 2020

Filem spin-off X-Men, The New Mutants sudah beberapa kali ditangguh tarikh tayangannya. Filem tersebut sepatutnya ditayangkan pada 23 April 2018, namun ditukar beberapa kali iaitu pada 22 Februari lalu, ke 2 Ogos tahun ini dan yang terbaru, 3 April 2020 seperti yang diumumkan Disney baru-baru ini.

Ramai peminat tertanya-tanya kenapa The New Mutants ditangguh hampir 2 tahun dari perancangan asalnya. Terima kasih kepada laporan dari laman Digital Spy, yang memberikan sedikit perkembangan terkini filem spin off X-Men itu.

Menurut penerbit Simon Kinberg, The New Mutants terpaksa melakukan penggambaran semula pada tahun ini, bagaimanapun mereka berhadapan masalah untuk mengumpulkan para pelakon sebelum melakukan ‘reshoot’. Ini kerana, para pelakon The New Mutants merupakan pelakon siri televisyen, jadi mereka terpaksa menunggu sehingga siri televisyen tamat untuk mengumpulkan mereka semua dan melakukan penggambaran semula.

“It would seem simple on The New Mutants because they maybe not as big movie stars as the main X-Men movies, but all of them are on TV shows, so we’ve got to wait until they get off their shows and they can all be in the same place at the same time.”

“So that will be some time this year, we’ll do our pick-ups and the movie will come out.”

Apapun, The New Mutants tetap akan ditayangkan walaupun ianya terpaksa beberapa kali ditangguh tayangannya. Filem ini mungkin akan menjadi filem terakhir siri X-Men dibawah Fox sebelum ianya diambil alih oleh Marvel Studios

The New Mutants diarahkan oleh Josh Boone dan skrip ditulis oleh Boone sendiri Knate Lee. Filem ini dibintangi Anya Taylor-Joy, Maisie Williams, Charlie Heaton, Henry Zaga, Blu Hunt, dan Alice Braga

Related posts

Mortal Kombat Dedah Gambar Pertama & Sinopsis Rasmi

Isqandar

Buku Komik Batman #1 Dijual Dengan Harga $2.2 Juta!

Isqandar

Tarikh Tayangan “Godzilla vs Kong” Diawalkan Dua Bulan

Kakimuvee

Charlie Cox Dilihat Di Set Penggambaran “Spider-Man 3”!

Kakimuvee

Bintang-Bintang Besar Hollywood Sertai Filem Misteri Arahan David O. Russell

Kakimuvee

Chris Evans Dilaporkan Sedang Dalam Rundingan Untuk Kembali Sebagai Captain America

Kakimuvee

Leave a Comment