Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita Trivia

Simbol Terbaru Batman Cetuskan Teori Ia Diperbuat Dari Pistol Yang Membunuh IbuBapa Bruce Wayne

Pandangan pertama Robert Pattinson sebagai Batman telah mencetuskan pelbagai reaksi dari para peminat, terutamanya sut terbaru Batman yang dikatakan mirip seperti versi permainan video Batman: Arkham. Sut-sut Batman adalah pekara biasa setiap kali filem terbarunya dihasilkan. Tetapi untuk versi kali ini, ada pekara lain yang mencuri perhatian peminat, iaitu simbol ‘Batman’ pada sutnya.

Kebiasaanya, filem-filem Batman akan memaparkan simbol yang berbeza-beza, begitu juga versi Matt Reeves/Robert Pattinson ini. Tetapi rekabentuk simbol kali ini nampak ketara perbezaannya, dan tidak seperti yang dipaparkan dalam filem-filem Batman yang lain, dimana simbolnya sekadar logam yang dipahat pada dada sut Bruce Wayne.

Rata-rata peminat tertanya-tanya, adakah simbol yang tersemat pada dada sut itu merupakan salah satu gadjet?, atau mempunyai maksud tertentu yang dibawa oleh Bruce Wayne sepanjang masa.

Antara teori popular yang sedang hangat diperkatakan peminat adalah, simbol tersebut diperbuat daripada kepingan pistol yang membunuh ibubapanya. Jika dilihat dengan teliti (rujuk gambar), simbol Batman kelihatan seperti sebahagian daripada senjata yang dipercayai daripada pistol. Selain itu juga, petikan cerita bertajuk  “Manufacture for Use” dari komik Detective Comics #1000 nukilan Kevin Smith dan Jim Lee, menguatkan lagi teori peminat mengenai simbol yang digunakan Batman dalam filem kali ini.

Dalam komik tersebut, ia menceritakan bagaimana Bruce Wayne menyamar dan membeli pistol yang digunakan oleh Joe Chill – untuk membunuh ibubapanya, – disebuah kedai pajak yang terletak di Bandar Gotham. Dia kemudiannya mencarikan pistol tersebut untuk dijadikan simbol pada sutnya sambil menyampaikan monolog yang menyayat hati.

Jadi kepada para peminat, apa pendapat anda mengenai simbol yang tersemat pada dada Bruce Wayne? adakah ia sebagai salah satu gadjet atau senjata Batman? atau tribute kepada ibubapanya yang telah meninggal dunia? kongsikan pendapat anda diruangan komen.

The Batman dibarisi pelakon seperti Robert Pattinson yang memainkan peranan utama sebagai sebagai Bruce Wayne / Batman. Dia akan turut disertai Zoe Kravitz sebagai Selina Klye / Catwoman, Paul Dano sebagai The Riddler, Andy Serkis sebagai Alfred Pennyworth, John Turturro sebagai Carmine Falcone dan bintang Westworld, Jeffrey Wright sebagai Commissioner Gordon dan Collin Farrell sebagai Oswald Cobblepot, aka The Penguin.  Peter Sarsgaard dan Jayme Lawson turut membintangi filem ini, sebagai Gotham D.A. Gil Colson dan Bella Reál

The Batman diarahkan Matt Reeves berdasarkan skrip yang ditulisnya bersama Mattson Tomlin. Penggambaran kini sedang dijalankan dan akan menemui penonton pada 25 Jun 2021.

Related posts

Tonton Klip Terbaru Red Notice Yang Sarat Dengan Aksi

Kakimuvee

Trailer Army of Thieves Papar Kisah Silam Ludwig Dieter Yang Penuh Aksi

Kakimuvee

TUDUM: Ultraman Musim Ke-2 Dapat Poster Teaser Dari Netflix Menjelang Pelancarannya Pada Tahun Hadapn

Kakimuvee

TUDUM: Saksikan Klip Pembukaan ‘Cowboy Bepop’ Yang Sangat Klasik

Kakimuvee

TUDUM: Teaser Extraction 2 Tunjuk Nasib Chris Hemsworth Sebagai Tyler Rake

Kakimuvee

iQiyi Sebarkan Cinta Terhadap Hallyu Dengan 9 buah K-Drama dan Filem Hebat di Suku Tahun Ke-4

Zulaikha

Leave a Comment