Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Silat, Salah Satu Seni Mempertahankan Diri Yang Dipelajari Oleh Para Pelakon Black Panther

Agak menarik sebenarnya apabila mengentahui silat adalah salah satu seni mempertahankan diri yang dipelajari oleh para pelakon Black Panther dalam menjayakan babak-babak aksi.

Berdasarkan dari laporan The Malay Mailaktor Black Panther yang juga pelakon utamanya Chadwick Boseman mendedahkan silat merupakan salah satu seni mempertahankan diri yang dipelajari oleh mereka selain daripada capoeira, Dambe boxing, muay thai dan beberapa seni mempertahankan diri dari negara Afrika.

“A lot of thought went into the choreography, which incorporates capoeira (Brazil), Dambe boxing (West Africa), Senegalese wrestling, Zulu stick-fighting and mixtures of Asian styles like muay thai and harimau silat [sic], to create the fictional heritage of Wakanda” -Chadwick Boseman

Aktor tersebut pernah memuatnaik sebuah video dilaman Instagram beliau yang menunjukan dirinya sedang berlatih seni mempertahankan diri yang mirip seperti Silat.

Sementara itu, menurut laman web  Marvel.com, Lupita Nyong’o yang membawakan watak Nakia dalam filem Black Panther turut mempraktikan silat sebagai salah satu skil seni mempertahankan diri. Beliau mengabungkan seni mempertahankan diri seperti judo, jiu-jitsu, dan silat dalam membentuk skill mempertahankan diri yang ada pada watak Nakia

“I’m learning all these cool skills and I get to jump higher than I thought I could jump. I get to roll backwards which I thought I would never do after the age of 8? So it’s been fun.” –  Lupita Nyong’o

Filem Black Panther kini berada ditangga teratas senarai filem yang mendapat rating tertinggi di laman Rottentomatoes, mengatasi filem-filem Marvel yang lain. Bagi yang ingin melihat seni mempertahankan diri silat dalam filem Marvel, anda boleh tonton Black Panther yang telah ditayangkan sejak 14 Februari yang lalu di pawagam tempatan

Related posts

Jumlah Penonton “Daredevil” Di Netflix Melonjak Susulan Tayangan “Spider-Man: No Way Home” & “Hawkeye”

Kakimuvee

‘Deleted Scene’ “Hawkeye” Bocor Di Media Sosial, Menampilkan Kingpin & Clint Barton Sewaktu Kecil

Kakimuvee

[TRAILER] Fistful of Vengeance: Iko Uwais Terajui Filem ‘Standalone’ “Wu Assassins”

Kakimuvee

Siri Godzilla & Titans Akan Dihasilkan Di Apple TV+

Kakimuvee

“The Batman” Mungkin Berdurasi Hampir 3 Jam

Kakimuvee

Robert Pattinson Sedang Dalam Rundingan Untuk Bintangi Filem Terbaru Dari Pengarah Bong Joon Ho

Kakimuvee

Leave a Comment