Berita

Sigourney Weaver kembali Sebagai Dr. Grace Augustine Dalam Foto Terbaru AVATAR 2

Views

Seperti yang peminat tahu, Avatar 2 bakal menyaksikan kepulangan semula Sigourney Weaver sebagai Dr. Grace Augustine, yang juga merupakan salah satu watak penting dalam filem Avatar.

Namun begitu, kepulangan semula karakter Dr. Grace dalam filem sekuel menimbulkan sedikit tanda tanya kepada peminat memandangkan karakter tersebut telah terbunuh dalam filem pertama.

Kini, menerusi gambar terbaru yang didedahkan kepada umum, peminat dapat mengentahui sedikit info mengenai filem sekuel itu, terutamanya yang melibatkan karakter Dr. Grace. Dalam gambar bersama penerbit Jon Landau dan aktor Joel David Moore, besar kemungkinan, Dr. Grace akan muncul dalam babak-babak ‘flasback’.

Ini berdasarkan pakaian Dr. Grace yang kelihatan sama dengan pakaiannya dalam filem pertama, serta latarbelakang gambar yang merupakan Site 26, iaitu salah satu lokasi dalam filem pertama. Terdapat juga, kemungkinan bahawa Weaver akan kembali dalam bentu ‘avatar;. Apapun, peminat boleh mengentahuinya sebaik sahaja Avatar 2 ditayangkan kelak.

Avatar 2 menyaksikan beberapa pelakon asal akan kembali membawakan watak masing-masing. Mereka terdiri daripada Sam Worthington, Zoe Saldana, Joel David Moore, Dileep Rao, Stephen Lang, Matt Gerald dan Sigourney Weaver.

BACA:  SAH! JUSTICE LEAGUE Snyder Cut Akan Ditayangkan Di HBO Max!

Turut menyertai barisan pelakon adalah Kate Winslet, Edie Falco, Michelle Yeoh, Vin Diesel, Jemaine Clement dan Oona Chapin dan beberapa pelakon muda yang lain.

Watak Colonel Miles Quaritch lakonan Stephen Lang dilaporkan turut kembali dalam 4 sekuel akan datang, dan kekal menjadi watak penjahat utama sepanjang keseluruhan filem. Penggambaran Avatar 2 dan Avatar 3 telah bermula sejak 25 September 2017.

Avatar 2 telah ditetapkan tarikh tayangan pada 17 Disember 2021, manakala Avatar 3 pada 22 Disember 2023. Filem Avatar 4 telah ditetapkan pada 19 Disember 2025 dan Avatar 5 pada 17 Disember 2027. Bagaimanapun, perancangan filem Avatar 4 dan bergantung pada kejayaan box office dua filem Avatar sebelum itu

Tinggalkan Balasan

shares