Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer Slot Asia

Sifat Ingin Tahu Telah Memakan Diri Dalam Trailer Filem Seram Korea “Warning: Do Not Play”

Syarikat pengedar filem tempatan, MM2 Entertainment Sdn. Bhd. membawakan kepada penonton tempatan, sebuah filem seram dari Korea berjudul Warning: Do Not Play yang akan ditayangkan pada 5 September ini.

Filem ini mengisahkan tentang Mi-Jung, seorang pengarah baru yang meminati genre seram, merancang untuk membikin sebuah filem seram. Suatu hari, dia mendapat tahu daripada rakannya, Jun-Seo, mengenai sebuah filem yang dikatakan dirakam oleh hantu.

Atas sifat ingin tahu yang tinggi, dia mula menyiasat mengenai filem itu hingga membawanya bertemu dengan pengarah sebenar filem itu, Jae-Hyun. Namun, dia mula diganggu kejadian-kejadian aneh akibat tidak mempedulikan amaran Jae-Hyun yang menyuruhnya melupakan tentang filem itu.

Warning: Do Not Play dibintangi pelakon Seo Yea-Ji, Jin Seon-Kyu dan diarahkan oleh Kim Jin-Won.

Anda boleh saksikan trailer filem tersebut dipemain video dibawah.

Related posts

tvN Dedah Poster Misteri “Hometown” Yang Menampilkan Yoo Jae Myung, Han Ye Ri, & Um Tae Goo

Zulaikha

“Voice 4” Berakhir Dengan Rating Tinggi, “The Devil Judge” Rampas Kembali Kedudukan No. 1

Zulaikha

[NETFLIX] Trailer “Vivo” Goda Penggembaraan Muzikal Yang Tidak Akan Dilupakan

Kakimuvee

Rating “Voice 4” Meningkat Menjelang Episod Terakhir

Zulaikha

K-Drama Terbaru “The Great Shaman Ga Doo Shim” Kini Boleh Di Strim Di iQiyi

Kakimuvee

Penampilan Kim Min-gwi Dalam Drama ‘Nevertheless’ Disunting Susulan Skandal Curang

Zulaikha

Leave a Comment