Trivia

Siapakah X-23 Dan Kaitannya Dengan Filem Logan

Views

Dah tonton trailer terbaru filem Logan? Gempak bukan? Trailer kali ini lebih violence berbanding trailer pertama. Selain tu juga, trailer terbaru ada menunjukan watak mutant terbaru iaitu X-23 menunjukkan sifat ganasnya dalam filem ini.

Mesti ramai yang menganggap X-23 adalah anak Logan memandangkan dia mempunyai claw dan sifat fighting sama seperti Logan. Ok, disini kami ingin memperjelaskan watak X-23 dan juga "origin"nya yang sebenar.

Sebelum itu, apakata kita tonton trailer terbaru sebelum kami bercerita panjang mengenai mutant terbaru ini dalam dunia cinematic.

AMARAN! Artikel ini mengandungi spoiler untuk filem Logan.

Sebenarnya Logan atau Wolverine hanya mempunyai seorang anak sahaja iaitu Daken hasil hubungannya dengan wanita Jepun yang bernama Itsu (please don't mention other name because Daken the only one officially son of wolverine) dan sebaliknya X-23 bukanlah anak dia.

X-23 aka Laura Kinney

Jadi siapakan X-23?

X-23 atau nama sebenarnya Laura Kinney adalah hasil experiment sebuah organisasi yang dikenali sebagai Facility untuk menghasilkan senjata pembunuh yang paling berkesan dengan menggunakan genetik Weapon X. Weapon X yang dimaksudkan adalah Wolverine. Bahasa mudahnya, klon kepada Wolverine

Dr. Martin Shutter, Dr. Sarah Kinney dan Dr. Zander Rice adalah saintis yang bertanggungjawab mencipta X-23.

Sainstis - saintis berkenaan telah mencuba sebanyak 22 kali untuk hasilkan senjata mereka, tetapi gagal memandangkan sampel genetik Wolverine yang ada pada mereka mengalami sedikit kecacatan.

X-23 semasa kecil

Namun eksperimen ke-23 mereka berjaya apabila Dr. Sarah Kinney menjadi ibu tumpangan kepada klon tersebut. Gelaran X-23 diberikan selepas percubaan experiment ke-23 Weapon X sukses. Manakala, nama Laura Kinney diberikan oleh Sarah Kinney.

Selepas melahirkan X-23, salah seorang daripada saintis berkenaan, iaitu Dr. Zander Rice telah memberikan sedikit "push" dengan mendedahkan klon tersebut kepada sinar radiasi selama bertahun-tahun semata-mata mahu mengaktifkan gene mutant yang terdapat badan klon tersebut.

Saintis-saintis berkenaan juga mencipta "trigger scent" dimana jika benda tersebut diaktifkan, X-23 akan berubah kepada pembunuh yang sangat merbahaya dan tidak mempunyai perasaan. Disebabkan itu, X-23 merupakan mesin pembunuh yang sangat sempurna.

X-23 superhero atau villain?

Klon tersebut dilahirkan sebagai Villain dengan menjadi pembunuh upahan. Selepas membunuh ibunya Sarah Kinney secara tidak sengaja dan memusnahkan organisasi Facility, X-23 telah berjumpa dengan Wolverine & Prof. Charles Xavier dan berubah menjadi Superhero. Dia kemudiannya menyertai X-Force.

Abiliti dan fizikal X-23

X-23 mempunyai abiliti sama seperti Wolverine seperti kuasa penyembuhan, superhuman strength, speed, reflexes dan Endurance. Dia juga handal dalam seni mempertahankan diri, marksman dan pakar mengendalikan senjata.

Dia juga mempunyai claw tetapi tidak sama seperti Wolverine. Dia hanya memiliki dua claw ditangan dan juga satu claw pada kakinya.

Tidak seperti Wolverine yang mana seluruh tulangnya diselaputi dengan Adamantium, hanya Claw nya sahaja diselaputi dengan Adamantium.

Laura Kinney - filem Logan

Movie vs Komik.

Seperti yang kita tahu filem Logan diadaptasikan Old Man Logan tetapi pihak studio melakukan sedikit twist apabila mengantikan watak kanak-kanak Hulk jr. kepada X-23. Jadi, kami berpendapat, Logan bukan saja adaptasi dari komik Old Man Logan, tetapi adaptasi dari komik Innocence Lost juga iaitu komik mengenai origin X-23.

Menurut sinopsis Logan, Logan dan Prof. X dalam misi menjaga keselamatan seorang kanak-kanak bernama Laura Kinney, klon kepada Logan yang diburu oleh sebuah organisasi jahat.

Walaupun main storyline dan timeline diadaptasikan dari siri komik Old Man Logan, Kami dapat jangkakan, beberapa event penting dalam siri komik Innocence Lost diterapkan dalam storyline filem Logan antaranya Origin X-23 yang dikatakan klon kepada Wolverine, abiliti dan fizikal yang sama seperti dalam komik, punca dia diburu dan juga hubungannya dengan prof. X dan Logan.

Laura Kinney & Logan dalam filem Logan

Selain itu juga, bagaimana dia berjumpa Logan dan Prof X juga mungkin ada sedikit persamaan dengan komik Innocence Lost. Memandangkan kami baru melihat trailer dan membaca official sinopsis filem Logan, kami tidak tahu sebab X-23 diburu oleh organisasi jahat. Adakah dia melarikan diri dari tempat experiment sama seperti Logan ataupun dia melakukan sesuatu yang menyebabkan dia diburu.

Jika sangkaan kami tepat, sebab dia diburu mungkin kerana dia membunuh salah seorang individu penting dalam Organisasi berkenaan. Dalam komik Innocence Lost, dia telah membunuh Dr. Zander Rice sebelum melarikan diri. Jadi mungkin filem Logan mengambil event ini sebagai sebab kenapa klon Wolverine ini diburu. (Pls note, watak Zander Rice ada dalam filem Logan dan aktor Richard E. Grant membawa watak ini).

Dan selepas melarikan diri, dia mungkin mencari Logan dan Prof. X (selepas ibunya memberikan gambar Logan dan Prof. X kepadanya - dalam komik Innocence Lost) ataupun kedua-dua bekas hero mutant itu terjumpa kanak-kanak tersebut.

Sarah Kinney – Elizabeth Rodriguez

Selain itu juga, terdapat seorang aktor yang tidak didedahkan wataknya dalam filem Logan. Aktor tersebut ialah Elizabeth Rodriguez. Nama beliau disebut-sebut sebagai ibu kepada Laura Kinney iaitu Sarah Kinney. Jika rumors tersebut tepat, ini menguatkan pendapat kami bahawa storyline Innocence Lost digunakan dalam filem Logan.

Cuma terdapat sedikit perbezaan iaitu timeline dan tujuan Prof. X dan Logan menjaga Laura Kinney.

Tujuan Prof. X dan Logan menjaga Klon tersebut dalam komik Innocence Lost adalah mahu mengubah personalitinya dari seorang pembunuh kepada hero, tetapi dalam filem Logan, tujuann telah di'twist' untuk menjaga kanak-kanak itu yang diburu penjahat.

Selain itu juga, Dalam Old Man Logan, zaman berkenaan menunjukan post-apocalypse Mutant dimana, kesemua mutant telah dibunuh oleh Organisasi anti-mutant dan mati disebabkan penyakit - seperti yang ditunjukan dalam filem Logan.

Manakala, dalam komik Innocence Lost, X-23 berjumpa Logan dan Prof. X sewaktu prof masih memiliki Xavier Institute dan hero-hero dan villain mutant masih wujud. Bagaimana pun perbezaan ini tidak memberi impak yang besar dalam membezakan versi komik dan filem memandangkan main adaptation diambil dari komik Old Man Logan

Jadi pihak Studio mungkin telah blend dua komik Old Man Logan dan Innocence Lost menjadi satu filem yang diberi judul Logan.

Wolverine yang baru?

So, artikel ini sedikit sebanyak memberi sedikit info mengenai karakter baru yang bakal muncul dalam filem Logan. Mungkinkah karakter ini bakal menjadi karakter penting dalam X-Men Cinematic Universe? Ataupun mungkin karakter ini bakal menggantikan Wolverine yang dijangka mati dalam filem terakhir Hugh Jackman sebagai Wolverine.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks