Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Trivia

Siapakah The Vulture Dalam Filem Spider-Man Homecoming?


the-vulture

Dalam trailer Spider-Man: Homecoming yang baru ditayangkan, mereka ada menunjukan pejahat terbaru yang bakal dihadapi oleh superhero yang dilakonkan oleh Tom Holland, Spider-Man.

Pejahat yang dimaksudkan ialah, The Vulture. Siapakah The Vulture? Apa yang membuatkan dia begitu kuat untuk menentang superhero yang pernah bertempur dengan Ant-Man, Captain America & The Winter Soldier?

Sebenarnya terdapat banyak versi mengenai supervillian The Vulture dalam komik Marvel, tetapi dalam filem Spider-Man: Homecoming karakter antagonis yang dilakonkan oleh Michael Keaton ini ialah Adrian Toomes, The Vulture yang pertama.

Adrian Toomes menjadi supervillian setelah berjaya mencipta suit bersayap yang membolehkannya untuk terbang dan miliki abiliti dan kekuatan yang luar biasa.

Semasa kanak – kanak, dia menjadi anak yatim selepas kematian ibu bapanya. Adrian telah dijaga oleh abangnya sebelum abangnya terlibat dengan kemalangan yang dasyat sehingga menyebabkan Adrian terpaksa menjaga dirinya sendiri.


Dia merupakan seorang yang memiliki tahap intelligent yang tinggi sehingga dia berjaya menjadi jurutera eletrik dan membuka sebuah syarikat kecil. Namun dia kehilangan syarikatnya disebabkan terlampau obsess dengan eksperimen sains sehinggakan rakan niaganya melarikan diri dengan kesemua duit syarikat.

spider-man-who-is-the-vulture-216667

Namun usahanya melakukan eksperimen telah membuatkan dia berjaya mencipta suit bersayap yang membolehkanya untuk terbang apabila menggunakannya serta meningkatkan kekuatannya dan tahap refleksnya. Adrian kemudian menggunakan ciptaanya itu untuk membalas dendam terhadap bekas rakan niaganya dan kemudian mula berubah menjadi pejahat.

The Vulture adalah pejahat kedua yang dihadapi oleh Spider-Man selepas Chameleon

Terdapat beberapa karakter Marvel yang dikenali sebagai The Vulture antaranya Blackie Drago, Clifton Shallot dan yang terbaru Jimmy Natale, namun dalam filem terbaru Spider-Man ini, Adrian Toomes dipilih yang dijadikan The Vulture kerana dia antara yang dikenali dikalangan peminat dan merupakan musuh terawal Spider-Man.

spider-man-homecoming-vulture-weapon

Walaupun The Vulture versi komik menampilkan suit yang memilik sayap dan bulu yang tajam, namun versi filem kelihatan sedikit berbeza berbanding dengan versi komik. Suit yang dipakai oleh The Vulture kelihatan seperti gabungan suit Iron-Man dan Falcon, dan dia menggunakan senjata Chitauri, milik makhluk asing yang pernah menceroboh bumi (dalam filem The Avenger) sedangjan dalam komik, senjata utamanya ialah bulu yang tajam.

Kemungkinan, latarbelakang Andrian Toomes dalam filem ini juga sedikit berbeza jika dibandingkan dalam komik. Ini mungkin pihak Marvel mahu mengaitkannya dengan filem-filem Marvel yang lain. Apapun kita tonton filem Spider-Man: Homecoming akan datang untuk melihat lebih lanjut mengenai pejahat terbaru Spider-Man ini.

Spider-Man: Homecoming telahpun mengeluarkan trailer pertamanya dan akan ditayangkan pada 07 Julai 2017.


Related posts

Babak Kredit ‘Spider-Man: Across the Spider-Verse’ Telah Dibuang Dari Filem & Ini Butirannya

Kakimuvee

Spider-Man: Across the Spider-Verse Menguasai Box Office Seluruh Dunia Pada Minggu Pembukaan

Kakimuvee

Spider-Man: Across The Spider-Verse Ending Explained! Apa Yang Kita Boleh Jangka Dalam Filem Seterusnya

Kakimuvee

Sony Sedang Bangunkan Filem Live-Action Spider-Woman & Miles Morales

Kakimuvee

10 Rancangan Muslim Yang Anda Boleh Tonton Di Qalbox

Kakimuvee

Balik Kampung Dengan Disney+ Hostar & Bintang-Bintang Tempatan Kegemaran Anda Sempena Raya Ini

Kakimuvee