Trivia

Siapakah Vulture Dalam Filem Spider-Man: Homecoming

Views

Bukan rahsia lagi untuk mengentahui siapakah villain yang akan ditentang oleh Spider-Man dalam filem akan datang, Spider-Man: Homecoming. Individu disebalik nama Vulture ini adalah Adrian Toomes dan merupakan villain kedua yang ditentang oleh Spider-Man dalam siri komik The Amazing Spider-Man. Adrian merupakan seorang yang genius terutamanya dalam bidang electrical engineer dan juga merupakan penjenayah profesional.

Ok itu Vulture versi komik, bagaimanapun Vulture dalam versi Cinematic? Dalam versi cinematic, beberapa element dan background  yang ada pada diri Adrian Toomes telah diubah mengikut kesesuaian filem. Versi komik  Adrian Toomes telah berubah menjadi penjenayah apabila rakan kongsinya, Gregory Bestman telah mengkhinatinya. Adrian bergantung kepada alat ciptaannya iaitu "Flying Harness" untuk menjalankan aktiviti jenayahnya.

Dalam filem Spider-Man: Homecoming akan datang, Adrian Toomes dikatakan memiliki sebuah syarikat kecil yang menjalankan kerja-kerja pembersihan selepas superhero-superhero selesai bertempur dengan villain. Kiranya, syarikat ini menyara kehidupannya sehariannya. Namun, selepas Tony Stark menubuhkan sebuah organisasi yang dikenali sebagai Damage Control, yang bertanggungjawab membersihkan segala kemusnahan yang dilakukan oleh superhero dan supervillain, Syarikat Adrian musnah kerana kerja-kerjanya selama ini dirampas oleh Tony Stark dan menyebabkan dia kehilangan mata pencarian. Malah lebih teruk, Adrian mungkin mempunyai keluarga untuk disaranya.

Adrian Toomes - from blue-collar worker to Supervillain

Itu merupakan motif utama Adrian, dari seorang individu biasa menjadi seorang yang jahat. Namun dia adalah mangsa keadaan, situasi yang dihadapi olehnya telah menyebabkan dia berubah menjadi jahat. Tony Stark telah menyebabkan dirinya berubah kepada Darkside.

Penerbit Spider-Man dan Michael Keaton menerangkan serba sedikit motif Adrian Toomes menjadi jahat.

"He is somewhat of a victim. He takes things in that he feels like a victim, and some of it is justified actually. He believes that there’s an upper echelon of society of people who are getting away with a lot and have everything. And there’s a whole lot of folks who are working hard, and don’t have much. Does that sound familiar? To anybody, given the political climate? Which I think is an interesting way to go about this." - Michael Keaton

"He wants his shot at the good life, and he thinks it’s not fair that someone like Tony Stark can make a fortune selling weapons ... and then even worse ... gets paid to clean up the mess." - Eric Carroll, Penerbit Spider-Man: Homecoming

Selain itu juga, Vulture boleh dikatakan villain yang sangat kejam. Dia sanggup membunuh siapa sahaja yang cuba menghalangnya dan sanggup menyebabkan "collateral damage" semata-mata mahu membunuh Spider-Man.

Kami dapat rasakan, tujuan Vulture dalam filem ini adalah hanyalah mahu memusnahkan legasi Tony Stark dan government yang telah menghancurkan hidupnya dan juga individu lain yang malang sepertinya. Tetapi caranya lebih radikal dan membuatkan dia menjadi seorang Supervillain. Cuma Spider-Man berada ditengah-tengah laluannya dan menghalang dia untuk menyelesaikan misi peribadinya.

Spider-Man: Homecoming akan ditayangkan pada 7 Julai 2017

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks